Tergerak sangat hati saya bila membaca tulisan sdr. Abdul Rahman Paridun. Parit Buntar, PERAK yang bertajuk “HARAKAH MENCERNA ARUS PERDANA POLITIK RAKYAT ALAF BARU” (Rujuk Forum Tranug Kita).
Kata beliau:
[[Bagi orang Melayu dan Islam, HARAKAH adalah satu-satunya akhbar yang dibaca dalam pelbagai konteks. HARAKAH memberi tafsiran ideologi Islamiah dan penerapan Islam dalam menghadapi arus perdana politik rakyat berbilang kaum. HARAKAH menyuarakan hasrat rakyat yang cintakan demokrasi dan ketelusan. Melalui HARAKAH, orang Melayu dan Islam sedar bahawa “Ugama dan Politik dalam Islam tidak terpisah”. ]]
Sejurus kemidan, saya teringat kembali ucapan YAB Datok Nik Abdul Aziz – MB Kelantan sewaktu berceramah di Taman Selasih, Gombak, K. Lumpur baru-baru ini. Baliau menyebut bahawa “Ugama dan Politik dalam Islam tidak terpisah”. Terbaca dalam HARAKAH, Presiden PAS YB Datok Hj. Fadhil Nor juga menjelaskan perkara yang sama sewaktu berucap di Terengganu.
Kesemua komen pemimpin PAS itu meyakinkan saya bahawa: Jika itulah asas perjuangan PAS, maka amat berbeda sungguh PAS dari UMNO!! Umpama langit dengan bumi – kata pepatah orang Melayu. Dan perbedaan ini sangat wajar dimengerti oleh orang Melayu, orang Islam dan semua rakyat di negara ini.
Bagi saya dan beberapa rakan lain yang sekian lama berkecimpung dalam politik di peringkat ‘perantaraan/pertengahan”; belum ada sesiapa dalam UMNO (parti keahlian kami) yang memberi kenyataan, gambaran atau pandangan seumpama itu.
Selama ini, ideologi dan manifesto UMNO/BN sama sekali menyimpng dari dasar yang disebutkan oleh pemimpin PAS itu, iaitu bahawa “Ugama dan Politik dalam Islam tidak terpisah”. Saban kali kami di Perhimpunan Agung di PWTC, Presiden Parti: YAB Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammad akan memberi ucuapan dasar dengan menyumbatkan kepada delegsi pelbagai tohmahan, hasutan dn fitnah yang bukan-bukan terhadap parti lawan – khususny PAS.
Tentu ramai yang menyaksikan sikap beliau yang saban tahun berucap perkara yang sama dengan pelbagai keterlaluan memuji UMNO/BN hingga ramai antara perwakilan merasa muak-bosan. Ramai antara kami yang bertepuk sorak-sorai berbangga tanpa menyebut kalimah “Allahu Akbar”. Seolah-olah apa yang disebut oleh Presiden parti tidak ada hubungan dengan keizinan Allah swt.
Seolah-olah dalam persidangan seumpama itu, perwakilan UMNO diajak melihat kejyaan mereka sebagai perjuangan “tanpa restu Allah”. Doa yang dibaca pada awal Perhimpunan hanya dianggap sebagai “adat lazim” bagi menutup malu saya. Diibaratkan, kelakuan orang UMNO waktu itu umpama manusia derhaka di zaman Jahiliah yang menang berperang menentang para mujahidin Islam!!
Maka tepukan hebat begitu selalunya menyemarakkan senyuman Presiden parti Dr. Mahathir dengan cahaya muka menunjukkan bangga. Kerpkali kami yang berhimpun disitu bertanya dalam hati, apakah senyum sinis dan kebanggaan yang terpancar diwajah Dr. Mahathir kerana UMNO berjaya atau beliau berbangga kerana telah berjaya “menipu dan mengkhianati orang Melayu, penyokong UMNO dengan mengajak orang Islam bermusuhan sesama Islam (rujuk: PAS sebuah pasrti Islam dan dianggotai oleh orang Melayu juga)”.
Saya menyimpan banyak keratan akhbar dan beberapa pita rakaman ucapan beliau di Perhimpunan UMNO di PWTC. Kebelakangan ini, setelah melihat kekeruhan UMNO dan kejatuhan UMNO/BN dalam Pilihanraya ke-10 hingga seteruk itu; saya baca kembali keratan yang releven mengenai UMNO. Saya putar kembali pita ucapan Dr. Mahathir.
Malangnya, apa yang nampak dalam ucapan beliau [dengan membandingkan apa yang beliau (Dr. Mahathir)] lakukan keatas DS Anwar, kepimpinan PAS dan PAS (sebagai parti politik Melayu/Islam), rakyat yang berdemo, Fitnah yang menjadi-jadi, Kezaliman yang tidak terbendung – umpama terbalik-telongkop punah (contradicting) dengan apa yang beliau pernah beliau cakapkan itu.
Kami amat sedih melihat beberapa pemimpin tertinggi dan berjawatan kerajaan dan dalam parti (UMNO) diam membisu dan langsung tidak bersikap kritis terhadap sebarang honar, fitnah, ancaman dan kebusukan yang dilakukan oleh Dr. Mahathir kebelakangan ini.
Sebagai besar dari kami cuma bertaraf pemimpin bawahan sahaja. Kami cuma mampu menyuarakan pandangan secara terbuka di peringkat Cawangan parti dan Bahagian sahaja. Kami bukan wakil rakyat atau seorang MB atau Menteri pilihan Dr. Mahathir. Suara kami mengkritik dan hasrat mahu parti berjalan betul cuma dapat disuarakan di peringkat rakyat ramai kelompok kami. Tetapi kerana kami (pemimpin kecil ini) di dipilih oleh rakyat, maka suara kami cuma tersekat dan tidak didengar secara meluas.
Kerana itu, kami rasa amat kecewa kerana DEMOKRASI yang diperjuangkan UMNO sudah makin lumpuh. Ia bukan dilumpuhkan oleh rakyat tetapi oleh mereka mengaku pemimpin dan pembuat dan mengamal Dasar parti. Yang paling mengecewakan ialah, wakil Majlis Teringgi UMNO sendiri umpama tidak menganggap “amalan ugama Islam yang serba DEMOKRATIK itu” bukan sebahagian politik rakyat…! Disinilah letaknya berbedaan mutlak antara PAS dan UMNO.
Andainya UMNO betul-betul mengamalkan Islam, PASTI hari ini segala masalah yang mengkacau-bilaukan dan menyerabut-kecohkan UMNO akan lupus dengan sekelip mata.
Contohnya: Kes DS Anwar (yang meleret-leret bertahun-tahun) akan selesai cuma dengan sekali perbicaraan saja (jika mengikut asas perbicaraan Syariah). Persengkitaan dikalangan kepimpinan dan ahli UMNO, segala RASUAH mengenai “politik wang” amalan pepimimpin UMNO dan segala FITNAH, Hasad-dengki, tohmah-mentohmah, dan KEZALIMAN keatas rakyat dan sesama pemimpin – akan hapus dengan sendiri.
Disinilah nampak jelas bagaimana HARAKAH memberi didikan moral dan rohaniah kepada orang Melayu.
HARAKAH memberi penilaian siapa diantara pemimpin PAS dan UMNO yang benar-benar jujor, telus dan ikhlas terhadap rakyat. HARAKAH merapatkan hubungan Rakyat dengan Pemimpin, parti dan Kerajaan. Tanpa HARAKAH, rakyat tidak kenal siapa insan-insan bernama Nik Aziz, Hadi Awang, Mahathir Mohammad atau Anwar Ibrahim. HARAKAH telah menyampaikan pndangan rakyat, bukan indoktrinasi pemimpin yang berkepentingan.
HARAKAH juga memberi penilaian bahawa Islam boleh dilaksanakan sebagai budaya hidup ummah selain dari memberi ruang kepada politik diterapkan nilai-nilai keislaman yang dituntut Allah swt.
Berbanding dengan akhabar-akhbar pro-UMNO yang kerap menjijikkan pembaca. Kita lihat TERPAMPANG bagaimana akhbar-akhbar pro-UMNO membentangkan betapa hebat, anggun dan sempurnanya sambutan “Mandi Arak” dalam Pesta Menyambut Melinium baru-baru ini.
Terperanjat bukan kepalang orang Islam/Melayu bila Datok Hamid Osman sendiri mewarnakan Pesta sekotor itu sebagai “tidak” bersalahan dengan amalan Islam”. Nauzubillah!
Walhal, Rakyat sudah berusaha sekeras-kerasnya membantah dengan penuh harapan supaya Kerjaan UMNO/BN membatalkan saja “atur-cara MAKSIAT” yang dirancanga UMNO itu; kerana waktu itu rakyat berugama Islam dituntut beribadah dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan, rahmat dan ketaqwaan itu. Apakah sumbangan HARAKAH tidak releven mendidik ummah jika ia menyuarakan bantahan rakyat majoriti terhadap kerajaan yang melakukan kesilapan besar sebegitu?
Maka tertampillah satu rumusan dihati rakyat, jika HARAKAH mampu mencerminkan peng-‘intigrasi’-an Islam dengan Politik rakyat sedemikian sempurna dan dihayati; mengapa UMNO dan pemimpin/penyokong UMNO sendiri tidak berhasrat mengambil iktibar dari HARAKAH.
Sebaliknya, pengharaman HARAKAH oleh puak kepimpinan UMNO tidak akan memusnahkan hasrat orang Melayu ingin menjatuhkan Dr. Mahathir dan Kroni Politiknya.
Dengan lain perkataan, dengan membatalkan edaran HARAKAH tidak bererti UMNO/BN akan berjaya menakluki hati-nurani dan memusatkan sokogan orang Melayu kepada UMNO. Tidak juga pengahraman itu akan mengangkat pemimpin UMNO hari ini untuk diiktiraf sebagai pemimpin memperjuangkan hak dan keperluan rakyat!! Itu UMNO kena fikir masak-masak. UMNO sudah rosak!
Kiranya, adalah lebih utama seluruh kepimpinan UMNO/BN sendiri menyingkap tabir yang menyelubungi mereka dengan 1001 rahsia dan permasalahan, keburukan identiti dan ketaksuban mereka kepada Dr. Mahathir selama ini.
UMNO/BN dan kepimpinan mereka perlu mengadakan sesi “soul searching” dalam konteks mengenal “sejauhmana mereka terpesong dan dipesongkan” oleh pemimpin yang beragenda “demi kepentingan peribdi”.
Rakyat telah terlalu lama membaca isi hati kepimpinan UMNO/BN. Mustahil HARAKAH yang wajar dipertanggungjawabkan menyebabkan Dr. Mahathir berkarenah dan berkelakuan seburuk yang kita lihat sekarang. Mustahil HARAKAH punca Abdullah Ahmad Bedawi sanggop menjadi “Pengerusi Bantuan Penternakan Khinzir” bertarf Kebangsaan. Mustahil HARAKAH yang menyebabkan Isa Samad meletakkan beberapa taukeh penternak Babi sebagai proksi niaganya.
Begitu juga, mustahil HARAKAH yang mendorong Rafidah Aziz menjadi seorang penyangak paling RASUAH antara WANITA UMNO. Mustahil HARAKAH yang menggalakkan Rahim Thamby Chik merogol seorang gadis bawah umor. Mutahil!! Rakyat tidak nampak hubungkait HARAKAH dengan sifat UMNO dan Kerajaan Pimpinan Dr. Mahathir yang telah menjadi Diktator itu. Sebaliknya, HARAKAH yang memberi ingatan yang kritis!!
Apa yang diperjelas oleh HARKAH hanya satu yang utama, iaitu: Ia mencerminkan pandangan dan fahaman kepimpinan PAS dan melaksanakan tanggungjawap kepada rakyat. Dengan itu, rakyat merasa kebenaran PAS.
Oleh itu, jika pemimpin UMO/BN ingin menurut; maka amatlah membanggakan akhirnya. Tambahan pula, akhbar-akhbar Pro-UMNO hanya sebok menjadikan diri mereka seperti Boneka, Pak Turut dan “Kaki Ampu” sepanjang zaman!! Apakah Utusan Mayasia dan Berita Harian membentuk pemimpin UMNO akann jadi pemimpin yang berjiwa rakyat? Tambahan pula, pemimpin UMNO berkuasa keatas para editor terbabit. Masakan mereka akan berjiwa sehebat sdr. Zulkifli Sulong.
Hari ini, mangsa terakhir ialah sdr. Kadir Jasin. Apakah kesalahan Kadir dinilai oleh pemimpin UMNO umpama seorang penglaknat “Hasrat dan impina Rakyat”? Adakah Kadir mengimbau rakyat kearah “kepalsuan”? Adakah Kadir, Johan dan Nazri bersalah jika mereka berkata yang “Benar dan Sahih”??
Berhemahlah barang sedikit, Wahai pemimpin Kerajaan UMNO yang budiman. Mungkin, satu hari nanti UMNO dan seluruh kepimpinannya merasa kesal kerana terkeluar dan tersisih dari dijadikan parti yang layak memerentah-tadbir rakyat. Waktu itu umat Islam di negara ini sudah lebih jahiliah dari kaum-kaum yang telah jahilaih – sepertimana yang terlihat dalam kepimpinan UMNO/BN sakarang.
Siapa yang akan rugi?
Rahim Haji Lokman
Dungun. Kuala Terengganu
27 Januari 2000