Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

Umno tidak relevan bagi orang Melayu dalam alaf baru.

Pertama sekali kita perlu lihat era Umno ditubuhkan. 1946 adalah suatu zaman yang betul-betul memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Umno telah mengambil kesempatan ini bagi menggantikan parti-parti politik ketika itu yang benar-benar berlandaskan Melayu dan Islam tetapi British telah mengharamkan parti-parti ini. Inilah kesempatan Umno dengan berkompromi dengan British atas kemahuan British sendiri. Jadi tidak syak lagi sejak dulu lagi Umno tidaklah sebegitu cenderung memperjuangkan ketuanan Melayu. Sejak dari waktu itu lagi, mereka sudah bekerja sama dengan MIC dan MCA. Apa tujuan sebenarnya? Jelas ini adalah sebagai salah satu syarat kompromi dengan British untuk dapatkan kemerdekaan yang dijanjikan. Lihat juga syarat-syarat yang telah dimeterai dengan British untuk capai kemerdekaan.

Apa yang Umno buat sebenarnya hanyalah menangguk diair keruh semasa itu dan mengambil kesempatanpengharaman kepada parti-parti politik terkemuka masa itu, seperti Hizbul dll.

Sekarang kita balik kepada perjuangan Umno kini, yang diheboh-hebohkan sebagai parti ketuanan Melayu. Hilang Umno, hilanglah ketuanan Melayu. Persoalannya sekarang, dimanakah ketuanan Melayu yang dibanggakan itu? Siapa sebenarnya yang menjadi tuan ? Kita boleh lihat Lim Leong Sik, Samy Vellu, Lim Kheng Yaik, Ananda Krishnan, Vincent, Eric Ting dan ramai lagi yang nama-nama mereka serupa yang disebutkan tadi yang lebih berkuasa dari menteri-menteri Melayu kita. Dan tidak ada seorang pun Menteri MELAYU yang berani menyebut nama-nama ini. Apatah lagi bersemuka dengan mereka. So, dimana ketuanan atau pertuanan Melayunya. Anak-anak kita yang banyak pulang dari luar negara selepas belajar disana, apa sudah jadi. Masih banyak yang menganggur, banyak yang masih makan gaji dengan TUAN-TUAN MELAYU ini? Apakah ini yang digembargemburkan sebagai ketuanan Melayu. Lihat sahaja penghuni-penghuni pusat serenti. Siapa yang paling banyak disumbat disana?

Kes-kes remaja seperti lepak, maksiat. murtad, dan lain-lain lagi. Golongan manakah yang paling banyak? Apakah ini yang kita banggakan sebagai ketuanan Melayu.

Kita sudah merdeka selama 42 tahun dan Umno yang menerajui kerajaan hingga kini dan mempersoalkan ketuanan Melayu akan hilang jika Umno kalah dalam pilihan raya ke-10.

Kalau inilah keadaan ketuanan Melayu yang hendak diperjuangkannya, adalah lebih baik Malaysia ini diperintah oleh bangsa asing. Baru-baru ini, kita telah dikejutkan dengan berita-berita Rahim Thamby Chik, Rafidah Aziz, Aziz Samsudin, Daim, Megat Junid dan ramai lagi , dengan salah laku seks, rasuah, salah guna kuasa, pembunuhan. Kemudian timbul pula soal Pendakwa Raya enggan mendakwa kes-kes tertentu tetapi mendakwa kes-kes yang ada kepentingan dengan pemerintah. Apa semua ini? Apakah dengan tindakan seperti ini kita menunjukkan ketuanan Melayu kita? Apa implikasi sebenar dengan tindakan dan keangkuhan seperti ini? Ini perjuangan Umno? Ini ketuanan Melayu?

Fikirlah. Apakah benar Umno perjuangkan ketuanan Melayu. Apakah benar Umno masih diperlukan untuk orang Melayu.

Apakah Melayu akan hapus jika Umno tidak berkuasa. Apakah selama ini orang Melayu wujud kerana Umno wujud?

fwded by Firdaus

Di petik daripada PEMANTAU


Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com