3 NEGERI YANG DAPAT ROYATI MINYAK

 

KUALA LUMPUR, 23 Dis - Kerajaan Persekutuan hanya bersetuju untuk memberikan royalti petroleum kepada tiga negeri iaitu Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Shafie Mohd Salleh berkata tidak wajar royalti itu diberikan kepada negeri-negeri lain yang tidak mengeluarkan petroleum.

"Sebanyak 5 peratus royalti akan diserahkan kepada kerajaan negeri, 5 peratus lagi kepada kerajaan Persekutuan dan 90 peratus selebihnya adalah milik Petronas dan syarikat pencarigali lain," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Cukai Jualan (Pindaan) 1999 pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Rang undang-undang itu bertujuan menghapuskan duti import dan eksais terhadap petroleum dan barangan berasaskan petroleum. Sebagai gantian, kerajaan persekutuan akan memperkenalkan cukai jualan terhadap hasil petroleum dan barangan berasaskan petroleum.