KUALA LUMPUR, 11 Jan - Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, semua pemimpin dan anggota Umno perlu kembali kepada perjuangan asal parti tanpa mementingkan diri dan mana-mana individu.
Beliau berkata, apa yang penting sekarang ialah memastikan parti terus bersatu.
"Saya beritahu mereka siapa yang menjadi pemimpin tidak penting tetapi yang pentingnya ialah Umno terus kekal, bersatu dan sedia menerima sesiapa sahaja yang dipilih sebagai pemimpin... Tiada kesetiaan kepada individu," katanya.
Ramai menyertai Umno setelah ia mencapai kejayaan memajukan negara. "Mereka ini celik mata melihat negara yang sudah maju dan kedudukan orang Melayu yang sudah terjamin dan mereka percaya kedudukan orang Melayu akan kekal sebagai bangsa dominan di Malaysia selama-lamanya," katanya kepada pemberita selepas perjumpaan dan sesi kepimpinan bagi 100 pemimpin Umno dari seluruh negara.
Komen Tok Ayah : Mahathir satu-satunya orang yang saya jumpa dalam hidup saya tak pernah mengaku kesilapan sendiri. Selalu akan mengatakan orang lain yang salah.
Apataknya diminta ulama untuk 'bertaubat' kanunnya ulama dah menyeleweng. Sekarang diminta ahli UMNO pula untuk kembali kepada UMNO asal.
Nak kembali macam mana UMNO telah 'mati' akibat dia dan Kuli. UMNO sekarang adalah UMNO Mahathir tak original lagi.