Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Mohamed Sekeri
Mamat membuat keputusan itu dalam kamarnya selepas peguam
M.Manoharan yang mewakili Jomo memberitahu mahkamah bahawa mereka
membangkitkan isu-isu permulaan berhubung dengan permohonan SPR.
Suruhanjaya Pilihanraya diwakili oleh Peguam Kanan
Persekutuan Datuk Zaitun Zawiyah Puteh.
Dalam samannya,
Jomo, 46, memohon pengisytiharan bahawa pilihan raya pada 29 Nov
tidak boleh diteruskan tanpa penerimaan 680,000 pengundi baru.
Jomo, antara pengundi baru berkata pilihan raya tidak harus
diteruskan kerana ia dikatakan berlangusng dengan menyalahi
undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.
Jomo juga
memohon pengisytiharan bahawa sebagai pengundi baru, beliau layak
mengundi di kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan dan kawasan Dewan
Undangan Negeri Bukit Gasing pada pilihan raya 29 Nov.
Pengerusi SPR Datuk Omar Mohamed Hashim mengumumkan bahawa
SPR akan menggunakan Daftar Pemilih 1998 yang disahkan pada 7 Jan
bagi pilihan raya itu.
Mereka yang berdaftar sebagai
pengundi tahun ini tidak berpeluang mengundi pada pilihan raya ini,
menurut SPR.
Dr Jomo, bagaimanapun mendakwa bahawa beliau
berhak mengundi pada pilihan rayua ini kerana beliau telah mendaftar
sebagai pengundi di kantin Fakulti Sains Universiti Malaya pada
lewat April atau awal Mei selaras dengan Perkara 119 (1) (a)
Perlembagaan Persekutuan dan pendaftarannya diterima oleh ejen SPR.
Jomo mendakwa bahawa mengikut Perkara 119 (4), tarikh
kelayakan ialah tarikh daftar pemilih disediakan atau disahkan dan
tidak apabila persiapan atau pengesahan telah selesai.