Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

Aktivis pelajar UiTM saman Menteri Pendidikan

Fathi Aris Omar

Laporan lengkap : http://malaysiakini.com/

8pm, SEL: Seorang pemimpin pelajar, Ahmad Zaki Yamani Zainon, mengambil tindakan saman terhadap Menteri Pendidikan dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang memecat beliau sebagai hukuman terhadap pembabitannya dalam kegiatan pelajar yang proreformasi. Bagaimanapun, Ahmad Zaki kini dalam siasatan polis berhubung dakwaan beliau menyertai perhimpunan haram pada 14 April tahun lepas, hari bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman enam tahun penjara.

Beliau dikehendaki hadir ke Balai Polis Jalan Bandar pada Sabtu depan untuk siasatan lanjut dan pertimbangan untuk didakwa di mahkamah.

Setiausaha Agung Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), anggota gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM), itu sebelum ini ditahan di pejabatnya di Wangsa Maju pada 22 Disember lalu sejurus sebelum dibawa ke Balai Polis Jalan Stadium selama beberapa jam untuk tujuan siasatan.

"Beberapa hari selepas disoal siasat, saya dihubungi seorang pegawai polis dari Bukit Aman dan beliau menyatakan kemungkinan lebih ramai pemimpin pelajar ditahan," katanya kepada malaysiakini hari ini.




Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com