SIAPAKAH SEBENARNYA MEMBAWA BUDAYA SAMSENG? 


Dakwaan Mahazalim bahawa dia mempunyai bukti-bukti kukuh kenapa DSAI harus disingkirkan dari kerajaan dan parti
sebenarnya satu pembohongan yang amat nyata.  Sudah jelas di mata rakyat sekarang bahawa  Mahazalim adalah seorang
penipu dan pembohong paling besar dalam abad ini.  Sebab itulah rakyat sudah pun membuat keputusan untuk menolak beliau
dalam pilihan raya yang lalu.  Namun Mahazalim tidak semudah dijatuhkan sepertimana pemimpin-pemimpin dunia yang lain.
Suharto mengundur diri dengan mudah setelah majoriti rakyat Indonesia menolak beliau melalui demonstrasi besar-besaran.
Begitu juga Netanyahu yang tidak lagi popular dengan mudah memberi laluan kepada penggantinya yang baru melalui proses
demokrasi yang sihat demi menjaga maruah bangsa Yahudi dan negara Israel.  Sekejam-kejam pemimpin Yahudi tidak berlaku
kejam pada bangsanya sendiri.  Sesuailah panggilan Mahazalim dan Mahafiraun diberikan kepada PM kita.

DSAI terpenjara akibat mainan politik kotor Mahazalim.  Bukti-bukti pendakwaan sengaja diada-adakan bagi
menjustifikasikan tindakan memenjarakan DSAI yang tidak bersalah.  Bukti-bukti pembelaan untuk menangkis segala
tohmahan dan tuduhan langsung tidak diberi peluang untuk dikemukakan.  Semuanya tidak relevan belaka.  Bukankah ini satu
tindakan dari gelagat orang-orang samseng yang di bawah telunjuk ketua samseng mereka iaitu Mahazalim.  Jangan menuduh
wakil-wakil rakyat parti BA mengamalkan budaya samseng apabila mereka berjalan keluar meninggalkan sidang Dewan
Rakyat kelmarin semata-mata kerana membantah prosedur memanggil mesyuarat yang tidak ikut perlembagaan dan
undang-undang.  Orang yang mengatakan orang lain samseng, dialah yang samseng sebenarnya.  Bukan samsengkah namanya
kalau mengamalkan budaya rasuah dan merompak kekayaan negara serta harta rakyat untuk menyelamatkan kroni-kroninya
yang juga merupakan perasuah, penipu, kaki judi, pemutar belit, perogol bersiri pun ada dan pengamal pelbagai jenayah.

Bukan samsengkah namanya kalau masih lagi mahu memerintah walaupun sudah ditolak oleh rakyat.  Keputusan pilihan raya
sudah dirancang lebih awal.  Calon mana yang patut kalah, yang mana patut menang, yang mana patut dimalukan dengan
majoriti undi yang terlalu kecil, semuanya ditentukan oleh Mahazalim awal-awal lagi.  Secara tersurat, semuanya memang
nampak macam kebetulan saja, tetapi kalau diamati apa yang tersirat di sebalik kata-kata Mahazalim selepas memperolehi
majoriti dua pertiga pada malam bersejarah itu, seluruh rakyat yang tidak buta hati pasti nampak segala perancangan beliau.
Kalau Mahazalim tidak tahu bahawa ia akan menang, masakan kek kejayaan BN sudahpun ditempah awal-awal lagi dan siap
sedia untuk dipotong pada malam itu.

Pilihan raya terkotor menjelang alaf baru yang diwarwarkan oleh Mahazalim sudahpun berlalu.  Namun, segala taktik kotor
yang dimainkan sampai hari ini pun masih diperkatakan.  Syor untuk mengemukakan bantahan terhadap perjalanan serta
keputusan pilihan raya yang tidak sah kepada badan-badan dunia yang lebih berakauntabiliti harus disokong oleh semua
rakyat.  Memanglah, negara kita tanggungjawab kita, tetapi kalau adik beradik tidak berpuas hati dengan  perbuatan abang
sulung yang ganas dan zalim, penyelasiannya terletak di tangan bapa yang adil.  Kalau tidak, abang sulung akan selamanya naik
minyak dan menjadi lebih ganas.  Selamanya dia akan terus membuli adik-adiknya yang lain.  Jangan pedulikan segala tuduhan
yang bakal dilontarkan oleh Mahazalim terhadap usaha ini.  Orang yang main taktik kotor memanglah sentiasa berada dalam
ketakutan pada bayang-bayangnya sendiri.

Ingatlah wahai Mahazalim!  Kuasa yang hari ini menjadi milikmu tidak selamanya kau miliki.  Apabila kuasa itu terlepas dari
tanganmu, barulah engkau sedar betapa hinanya diri.  Sebelah mata pun orang tidak pandang lagi.  Kalau engkau mati sebelum
kuasamu terlepas dari genggamanmu, seluruh rakyat akan menyambut berita baik ini dengan penuh gembira.  Prof. Dr. Hamka
mengatakan, “Ketika engkau dilahirkan ke dunia ini, engkau dalam keadaan menangis sementara orang lain ketawa riang.
Hendaknya, ketika engkau meninggal dunia, biarlah engkau pula yang ketawa sementara orang lain menangisi kematianmu.
Itulah sebaik-baik manusia.”  Maksudnya, betapa malangnya nasib  seorang insan yang ketika lahir dia menangis dan orang lain
ketawa.  Ketika mati pun dia menangis dan orang lain seronok bergembira.
 
 

- Anwar  Selamat -