ALOR SETAR, 29 Dis - Bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Sanusi Junid hari ini berkata tindakan mengharamkan Harakah, akhbar rasmi Pas, adalah satu ibadat kerana ia usaha membasmi fitnah.
Dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di Wisma Darul Aman di sini, Sanusi, anggota Dewan Undangan Negeri (Barisan Nasional) kawasan Kuah, berkata kepentingan umat Islam dan Melayu perlu diletakkan di atas daripada kepentingan politik.
Beliau berkata terserahlah kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memikirkan bentuk tindakan tegas ke atas Harakah.
Katanya, orang yang tidak bersetuju dengan tindakan tegas itu meliputi mereka yang untung daripada fitnah yang disiarkan dalam Harakah dan mereka yang tidak pernah difitnahkan.
Ini meliputi juga mereka yang mengganggap politik satu permainan tidak serius, mereka yang sengaja ingin Melayu dipecahbelahkan dan mereka yang suka musuh dan saingan mereka dipermainkan oleh Harakah, katanya.
Sanusi berkata kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam akhbar hari ini supaya dicari jalan lain jika isi Harakah tidak dipersetujui oleh kerajaan, adalah tidak praktikal.
Beliau berkata hasil fitnah yang disebarkan dalam Harakah, masyarakat Melayu telah dipecahkan kepada dua bangsa atau satu bangsa dua mazhab yang berlainan.
Komen Tok Ayah : Sanusi makin begong, tak ada ke ibadat lain... panjat pokok ke, tanam padi atas bumbung, atau kutip kerang di Dungun ke... Ini dia minta haramkan HARAKAH. Dia nak buat macam UMNO main haram-haram. UMNO bolehlah HARAM pasal UMNO dah tak releven. Tok Ayah nak ucapkan sayonara kepada Sanusi selepas raya ini.
Tahulah dia dalam perhimpunan UMNO nanti. UMNO akan haramkan dia jejak MT lagi....