Berkata Sanusi bahawa kata orang, politik adalah peperangan tanpa berdarah, peperangan pula adalah politik yang berdarah. Oleh kerana saya anggap pilihan raya adalah satu peperangan, maka saya juga menganggap Dr. Mahathir Mohamad sebagai Field Marshall BN sementara saya pula adalah jeneral di medan aria.
Katanya lagi calon yang kalah adalah laksana korban peperangan. Oleh kerana terlalu ramai yang terkorban, maka saya ingin terus berkorban bersama mereka.
Saya tidak mahu nama Dr. Mahathir dicemar dan beliau disalahkan kerana prestasi di Kedah, iaitu negeri tempat kelahirannya. Bagaimanapun kegagalan saya tidak berkaitan dengan kemampuan memerintah negeri. Ini saya boleh jayakan.
Kegagalan saya ialah dalam urusan menangani UMNO. Saya maksudkan menyatupadukan tekad pemimpin-pemimpin menengah dan pengikut-pengikut mereka. Saya tidak menghadapi masalah dalam pentadbiran UMNO. Malahan, sebelum pilihan raya, Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Tengku Adnan Mansor dan beberapa pemimpin UMNO negeri-negeri lain yang melawat Kedah mengakui persiapan untuk pilihan raya di Kedah antara yang paling rapi.
Semua isu yang diketengahkan sudah pun berjawab dan penceramah telah dilatih dan banyak ceramah telah diadakan. Tetapi saya tidak berkemampuan untuk berceramah kepada orang di luar Kedah yang mengundi secara pos. Saya juga tidak berkemampuan untuk berceramah dan menjawab isu-isu kepada mereka yang datang dari luar Kedah seperti dari Kuala Lumpur, yang balik sewaktu pilihan raya yang membawa sentimen politik Kuala Lumpur.
Sedar tak sedar Sanusi telah pun menjadi mangsa sembelih Mahathir walaupaun dia anggap Mahathir panglima perang.
lagi pelik bila Sanusi juga sama seperti Annuar Musa menyalahkan undi POS.... itu UMNO punya temberang atau memang ada usaha dalam UMNO menyembelih sesama sendiri untuk pemilihan 11 Mei 2000 nanti.
Kita tunggu dan lihat.
Tok Ayah.