SEJARAH POLITIK ISLAM 3 & 4

Assalamu'alaikum warahmatullah.

Dan dalam suasana keadaan umat Islam yang sebilangan besarnya jahil akan ajaran Islam itu sendiri serta kurangnya penghayatan dalam kehidupan sehari-hari, maka ulama' yang soleh, ikhlas, tawadhu' dan memiliki ciri-ciri ulama akhirat sebenarnya layak dipilih menjadi pemimpin untuk memandu umat kejalan yang diredhai Allah kerana

a) ulama adalah orang yang paling takut kepada Allah
b) ulama adalah pewaris nabi

Ulasan :

Saudara mendatangkan satu teori politik yang boleh dibahaskan lebih lanjut: yakni apakah Malaysia sepatutnya diterajui oleh kepimpinan Ulamak. Dalil yang dikemukakan adalah benar; tapi apakah terdapat satu ayat yang qat'iy bahawa kuasa politik umat Islam mesti di pimpin oleh ulamak sepertimana kefahaman Syi'ah yang telah menjadikan ia doktrin aqeedah dengan konsep Imamah yang maksum?

Bagaimana dengan fatwa al Mawardi bahawa khalifah Muslimin mestilah daripada bangsa Quraisy; adakah fatwa ini masih releven? Kemudian kita lihat ayat alQur'an: (maksud) 'Dan ta'atilah Allah, Rasul dan ulil amri di kalangan kamu. (anNisaa':59) Mufassir tidak menyatakan ulil amri itu ulamak saja. Orang yang mencanangkan kepimpinan ulamak sebagai no satu ditampuk pemerintahan kenalah mendatangkah hujah yang kuat dalam bab ini..

Mengikut ulamak-ulamak siasah seperti al Farabi (al Madinah al Fadhilah), al Mawardi (ahkam al Sultaniah); memanglah yang idealnya pemimpin umat Islam itu setanding dengan khulafa' arrasyidin (gabungan ulamak dan umara' sekali gus dalam diri mereka..)

Namun keadaan telah berubah; kata alFarabi..keadaan yang ideal itu mungkin tidak akan datang lagi; mungkin terpaksa digabungkan umara' (pemerintah) dan ulamak atau pemipim umah itu terdiri dari gabungan dua org atau satu pasukan. menurut Idris Zakaria: bukunya 'teori politik

alFarabi dalam masyarakat melayu' menjelaskan pemimpin yang diperlukan oleh Malaysia ialah pemimpin yang mampu membawa Malaysia bersaing dipersada pentas ekonomi dunia yang semakin global daya saingnya; memerlukan pemimpin Melayu yang arif secara meluas tentang isu-isu global; kesemua ini tidak dapat ditemukan hanya disatu pihak sahaja dalam membina sebuah negara moden. (UKM, 1994) Kalau zaman dulukala, RasuluLlah saw adalah segala-segalanya; dialah ulamak dan umara'; namun selepas itu terutama di zaman Mu'awiyah, Abbasiyah, Uthmaniyah; gabungan ulamak dan umara' adalah sudah menjadi satu yang serasi dalam politik Islam.

Keperluan pimpinan diserahkan kepada ulama

Dengan panduan dan tunjukarah dari merekalah, kita akan dipandu kaedah yang boleh mencapai cita-cita untuk menegakkan daulah Islam selagi matlamat yang hendakdicapai tidak menghalalkan cara. Sebab itu kaedah usul fiqh digunakan (umpamanya Jika tidak terlaksana perkara yang wajib itu sehingga ada perkara yang membawa ia terlaksana, aka tidak dapat tidak perkara tersebut juga menjadi wajib) untuk mencapai cita-cita besar ini.

Ulasan :

Tidak terdapat nas yang jelas daripada syara' yang menunjukkan hanya dengan menyerahkan pimpinan kepada ulamak; maka daulah Islam akan tertegak; tapi jika dinyatakan jika golongan ulamak menjadi sebahagian daripada arus perdana itu; maka akan terbentuklah sebuah modern state yang mengguna pakai sistem politik yang terbaik yang ada pada zaman ini.

Ikhwan Muslimin dipimpin oleh seorang ahli kaji cuaca; fikrah Islamnya hanya di asuh dalam usrah; manakala ABIM dan JIM tidak dipimpin oleh ulamak; Jama'ah Islamiyah Lubnan dipimpin oleh seorang engineer; Parti Refah Turki dipimpin oleh seorang tokoh Usahawan.. ini semua tidak menjadi masalah. namun think tanknya terdapat ulamak.

Apa yang dipraktikkan oleh kerajaan Malaysia bukanlah satu exsperimen; itulah yang sudah dipraktikkan sejak berabad lamanya...ulamak dijadikan sebahagian komponen umara'.

Jadi gabungan antara umara' dan ulamak ini dianggap satu gabungan yang ideal sebagai check and balance; Umarak pakar dalam selok belok kenegaraan dan berfikiran global; manakala ulamak yang baik akan terus memberi panduan-panduan kearah yang lebih Islamik.

Kesimpulan:

Teori politik Islam adalah satu cabang ilmu yang special; ia akan terus berkembang pesat kerana panduan alQur'an dalam bab ini tidak qat'iy; misalnya penubuhan parti politik yang pertama di dunia berlaku semasa sayyidina Ali, ada parti khawarij, ada parti Mu'awiyah, ada parti Abdullah ibn saba' dan sebainya; kemudian mu'awiyah memperkenalkan sistem dinasti; ulamak-ulamak muktabar semasa Mu'awiyah tidak mengatakan tindakan Mu'awiyah itu salah...

Islam dan Demokrasi

Seperkara lagi, walaupun demokrasi bukanlah datangnya dari Islam, atas kaedah yang digariskan oleh ulama', kita mempergunakannya sebagai cara untuk mencapai matlamat. Tetapi, kita tidak beriman kepada demokrasi yang meyakini bahawa itulah satu-satunya cara menegakkan negara Islam.

Ulasan :

Tiada siapa yang menyuruh kita beriman dengan demokrasi. Rukun Iman kita sudah selesai; kenapa Islam perlu malu untuk kita ambil apa jua yang baik-baik yang ada disekelilingnya; RasuluLlah saw tidak malu untuk mengambil teknologi perang parit daripad Iran; Umar tidak malu untuk mengambil sistem perakaunan Farsi untuk merekod dan mengemaskini harta di baitul mal; Mu'awiyah engambil sistem pengawal peribadi daripada sistem keselematan Rom kerana tiga khalifah sebelum ini dibunuh dengan mudah.. Kita mengambil apa yang baik daripada demokrasi; dan membuang apa yang buruk drpdnya...itu saja. Kita tidak beriman Zen Buddhism Jepun, tapi kita tidak malu untuk mengambil ilmu dan teknologi daripada Jepun. Politik kenegaraan adalah perkara keduniaan yang berubah mengikut realiti zaman; apa yang terbaik untuk satu-satu zaman; akan ketinggalan bila kita menmpuh alaf yang baru...

tangan