Sekumpulan rakyat Thai kini disyaki aktif bergerak di pekan Rantau Panjang menawarkan khidmat seks pelacur kepada pelancong dan rakyat tempatan.
Mereka menawarkan membawa orang ramai menyeberangi sempadan, ke pekan Golok untuk khidmat seks wanita Thai dan tindakan mereka semakin ketara sejak beberapabulan lepas.
Antara taktik yang digunakan oleh kumpulan itu yang dikenali dengan panggilan "Tok Sheikh", ialah menahan kenderaan tertentu yang memasuki kawasan membeli-belah Rantau Panjang, dan menawarkan perkhidmatan ala "pemandu pelancong" dengan tujuan membawa mereka yang berminat ke Golok menaiki motosikal.
Mereka mendesaknya menerima tawaran untuk dibawa ke pekan Golok di Selatan Thailand dengan motosikal untuk melihat pelacur dengan bayaran antara RM2 dan RM3.
Seorang pengawal keselamatan di sebuah hotel di pekan Golok mendakwa kumpulan pemuda itu merupakan ejen kepada pengusaha pusat pelacuran di Golokyang mendapat upah antara RM10 dan RM30 bagi setiap pelanggan, bayaran yang agak lumayan di Selatan Thai.
Beliau menasihati pelancong Malaysia supaya tidak menghiraukan telatah dan tidak menggunakan khidmat kumpulan itu walaupun ditawarkan dengan pelbagaikemudahan.
Ketua Daerah Polis Pasir Mas, Supt Jalil Talib berkata kegiatan sebenar sebilangan pemuda Thai di pekan Rantau Panjang itu ialah menawarkan khidmat "teksi motosikal" mengangkut orang ramai yang hendak ke pekan Golok.
Mereka lebih gemar bergerak secara berkumpulan, katanya.
Komen Tok Ayah : Tinjauan didapati kini rakyat Malaysia telah kurang ke Golok untuk mendapatkan perkhidmatan seks. Usaha ke arah Islam nampaknya mendapat tempat di hati rakyat.