KANGAR, 2 Jan - Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini membayangkan kesediaannya untuk bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada perhimpunan agung tahun ini.
Bagaimanapun, katanya, beliau tidak akan menawarkan diri untuk jawatan itu tetapi bersedia ke arah itu jika mendapat pencalonan.
Shahidan berkata demikian di sini, hari ini, ketika diminta mengulas sama ada beliau berminat merebut salah satu daripada tiga kerusi naib presiden Umno.
Shahidan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri adalah anggota Majlis Tertinggi Umno.
Media masa hari ini melaporkan dua pemimpin Umno telah menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan itu, iaitu Datuk Seri Syed Hamid Albar dan Datuk Rais Yatim.
Komen Tok Ayah : Perang nampaknya mangkin besar..... UMNOlah parti pecah belah