Dasar Kesihatan Kebangsaan Langkah Diplomatik Ke Arah Penswastaan

Pengumuman telah dibuat oleh Menteri Kesihatan pada 17 Disember 1999 iaitu kerajaan akan memperkenalkan Dasar Kesihatan Kebangsaan , yang kononnya untuk menyediakan satu perkhidmatan kesihatan bertaraf antarabangsa dengan dikenakan kos tertentu.

Apakah maksud yang tersirat disebalik itu ?

Memang telah menjadi dasar Barisan Nasional untuk terus menipu, menekan, memeras ugut, menganiaya dan menindas rakyat.

Tuan - tuan dan puan - puan masih ingat, iaitu, sebelum pilihanraya ke - 10 lalu, penswastaan hospital kerajaan telah ditangguhkan dan dibatalkan kerana desakan dari rakyat terbanyak dan BARISAN ALTERNATIF?

Tentu sekali ingatan kita masih segar, bagaimana Menteri Kesihatan terpaksa membuat pengumuman, iaitu perkhidmatan kesihatan dan hospital TIDAK AKAN DISWASTAKAN [kononnya].

Hari ini, 17 Disember 1999, dengan ayat yang begitu sopan dan berbudi bahasa, menyusun kata, indah dan baik sekali, kononnya, kerajaan MAHAFIRAUN akan meningkatkan taraf kesihatan di negara kita supaya mencapai tahap ANTARABANGSA.

Tetapi, dengan syarat, kos yang minima akan dikenakan, berpatutan dengan perkhidmatan yang diberikan.

Inilah bahananya bagi segelintir daripada rakyat Malaysia yang telah memilih kerajaan BN dalam pilihanraya lalu. Menyesal tak sudah. Kesannya bukan saja kepada mereka yang memangkah dacing, malah juga yang memangkah BARISAN ALTERNATIF.

Baru dua [2] minggu pilihanraya diadakan , kerajaan BN dah buat onar. Bagi MAHAFIRAUN & Co mana boleh tahan, ini kerana, sektor kesihatan dan perubatan dapat menjanakan punca pendapatan yang besar dan untung yang lumayan. Mana ada orang sakit yang akan duduk saja - saja tanpa berubat. Pendapatan cukup besar sedang menunggu anak - anak dan kroninya .

Sebahagian dari aktiviti yang berkaitan dengan kesihatan dan perubatan , sebenarnya telah pun DISWASTAKAN, iaitu perkhidmatan kejuruteraan. Konsesi telah diberikan kepada ; Zon Pantai Timur - Terengganu, Kelantan dan Pahang, Wilayah Persekutuan dan Selangor telah diberikan kepada RADICARE - Tuan punyanya ialah - MRCB, kroni MAHAFIRAUN [ MAHAFIRAUN ada share dalamnya ] ; Zon Selatan - Johor, Negeri Sembilan dan Melaka - diberikan kepada TONGKAH - tuan punyanya ialah MOKHZANI MAHAFIRAUN ; Zon Utara - Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak diberikan kepada - FABER MEDIVEST - tuan punyanya ialah FABER GROUP , kroni MAHAFIRAUN [ MAHAFIRAUN ada share dalamnya ]. Zon Sabah dan Sarawak.

Dengan cadangan penubuhan Dasar Kesihatan Kebangsaan, dalam masa keputusan pilihanraya belum pun sempat diwartakan lagi, [ternampak sangat sikap tamak, tak sabar - sabar, gelojoh dan dasar kapatalis anak - beranak MAHAFIRAUN dan kuncu - kuncunya nak menghisap darah rakyat] ini adalah langkah awal untuk menswastakan perkhidmatan kesihatan dan perubatan di negara ini..

Barangkali MAHAFIRAUN ingat rakyat bodoh dan pendek akal.

Memang pun mereka yang memangkah dacing adalah dunggu dan bebal. Ini kerana pemimpin - pemimpin BARISAN ALTERNATIF telah menjelaskan dengan terang dan nyata berserta dengan fakta, betapa kerajaan BN jika masih diberi peluang memerintah, akan berlaku zalim dan kejam, bukan saja kepada mereka yang menyokongnya, tetapi juga kepada yang menyokong BARISAN ALTERNATIF.

Memang MAHAFIRAUN anggap rakyat Malaysia, khususnya penyokong UMNO dan BN sebagai BODOH, BEBAL, DUNGGU DAN PENDEK AKAL.

Jadi sekarang ini, siapa yang untung dan cerdik? MAHAFIRAUN yang untung, bijak dan cerdik menipu rakyat. MAHAFIRAUN dan kuncu - kuncunya yang mengaut untung dan kekayaan negara.

Sebaliknya , siapa pula yang rugi dan bodoh? Dalam hal ini, tidak lain dan tidak bukan, orang - orang Melayu yang menjadi ahli UMNO dan penyokong BN yang memangkah dacing dalam pilihanraya ke - 10 lalu. Mereka ini adalah manusia yang BEBAL, DUNGU, CETEK PEMIKIRAN, PENDEK AKAL dan IQ RENDAH. Kita semua, rakyat jelata yang rugi.

Apa yang harus kita semua buat? Bagaimana hendak kita bertindak? Pertamanya, jadikan ini sebagai bahan kempen dalam pilihanraya ke - 11 nanti, hebahkan kepada semua orang kampung. Mulakan daripada sekarang. Jangan lengahkan lagi. Kita harus bertindak dengan kemampuan yang ada, sikit cara sikit, yang cerdik gunakan kecerdikannya, yang boleh bercakap gunakan lidah dan mulut , jangan senyap, yang ada idea dan cadangan , kemukakan cadangan kepada pihak yang berkenaan - BA; yang ada Internet dan pengunjungnya, edarkan maklumat yang berkenaan dengannya. DAN PELBAGAI TINDAKAN LAGI. Pokoknya kita jangan duduk diam. Gerakkan minda dan langkah anda.