SOALAN BERUNSURKAN POLITIK ?

Assalamualaikum.wm.wbr

Saya seorang guru. Bertugas di Terengganu. Pada tahun 1991 saya telah menyediakan satu set soalan peperiksaan pertengahan tahun SRP 1991. Soalannya berbunyi:

Anda turut serta menggubal manifesto parti politik anda bagi pilihanraya 2005. Antara berikut manifesto manakah sesuai bagi parti anda, sebuah parti yang memperjuangkan Islam?

A. memajukan ekonomi mengikut kaum.
B. menganjurkan prinsip dua kerakyatan.
C. mewujudkan sebuah negara yang sistem pemerintahan dan perundangannya berlandaskan ajaran al-Qur'an dan al-Sunnah.
D. mewujudkan sistem pemerintahan berasaskan fahaman sekular.
E. mewujudkan sistem pemerintahan komunis.

Lanjutan dari soalan ini saya telah dipanggil oleh Tuan Pengetua kerana beliau telah menerima sepucuk surat dari seorang bapa pelajar (dipercayai penyokong UMNO) yang menulis dengan agak panjang lebar sambil menyifatkan soalan yang saya buat itu merupakan satu strategi jangka panjang untuk mempengaruhi pelajar agar menyokong parti PAS. Tuan Pengetua telah menasihatkan saya supaya jangan terlalu menunjukkan sangat sikap pro saya terhadap parti PAS. Ini adalah pengalaman yang pernah saya alami. Jadi saya tidak terkejut bila timbul isu berkenaan soalan Matematik baru-baru ini.

Wassalam. Terima kasih.

- Gelam. 22 Disember, 1999.