Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

WARGA KOTA ATAU SUHAIMI IBRAHIM YANG BODOH ?

Warga kota jangan biarkan diri diperbodohkan - GPMS. Begitulah tajuk berita di mukasurat dua akhbar Utusan Malaysia hari ini yang saya baca di tempat kerja. Ulasan ini telah diberikan oleh saudara saya iaitu Dato' Suhaimi Ibrahim di dalam kapasiti beliau sebagai presiden GPMS.

Kenyataan-kenyataan beliau di dalam artikel tersebut saolah-olah mengatakan bahawa warga kota yang datang berkumpul secara aman untuk menunjukkan sokongan moral kepada DSAI di mahkamah adalah terdiri dari kalangan mereka-mereka yang bodoh. Wahai Suhaimi Ibrahim,saya harap anda ada membuka laman reformasi ini dan membaca luahan hati saorang saudara terhadap kebodohan anda.

Saya ingin bertanya kepada Suhaimi Ibrahim, tidakkah anda juga bodoh :-

  • apabila tidak mengkritik Dr mahathir yang membuat tuduhan-tuduhan dan fitnah terhadap DSAI walaupun hati kecil anda yakin seratus peratus yang tuduhan-tuduhan tersebut adalah palsu?
  • apabila anda berdiam diri setelah suruhanjaya diraja mengesahkan bekas KPN Rahim Noor telah memukul bekas guru anda DSAI sehingga hampir maut? Apa pendirian anda di dalam hal ini? Kenapa tidak mengkritik Dr Mahathir kerana menuduh DSAI mencederakan diri sendiri?
  • apabila mengharapkan mahkamah berlaku adil terhadap DSAI di dalam perbicaraan ini setelah pindaan demi pindaan dilakukan pada tarikh tuduhan semata-mata mahu mensabitkan juga DSAI bersalah atas tuduhan liwat? apabila tidak nampak balasan Allah terhadap mereka yang terlibat di dalam konspirasi terhadap DSAI.
  • Contohnya Azizan Abu Bakar yang kununnya mengaku diliwat oleh DSAI ditangkap berkhalwat dan isteri beliau dan isteri Aziz Shamsuddin yang menjadi perancang utama konspirasi mati di dalam kemalangan jalanraya. Berita yang terbaru pula menyatakan bahawa Dr Mahathir yang menjadi pengerusi konspirasi mungkin cedera parah setelah jatuh dari kuda di Argentina. Adakah anda mahu menunggu sehingga anda sendiri terlibat dengan kemalangan dan kehilangan isteri anda yang cantik jelita itu baru mahu terbuka hati?
  • apabila tidak dicalunkan lagi oleh UMNO sebagai wakil rakyat kawasan Benta di dalam pilihanraya baru-baru ini?

Wahai saudaraku Suhami Ibrahim!

Saya menyeru kepada anda supaya baliklah ke pangkal jalan. Cukuplah harta kekayaan yang anda perolehi sekarang dengan memiliki 17 syarikat dan beberapa kereta mewah. Gunakanlah harta kekayaan yang anda perolehi untuk menolong mereka-mereka yang dizalimi. Anda memang lebih sibuk menguruskan perniagaan daripada berkhidmat kepada rakyat di kawasan Benta, jadi saya tidak terperanjat langsung apabila anda tidak dicalunkan semula.

Apakah anda takut segala kemewahan dan isteri anda yang cantik jelita itu akan lesap sekiranya anda berjuang di pihak yang benar? Sedarlah bahawa rezeki itu ditentukan oleh Allah sahaja, bukannya oleh Dr Mahathir atau UMNO.

Jangan anda perasan bahawa menjadi presiden GPMS itu sesuatu yang 'glamour'. Saya rasa cerdik pandai Melayu tidak kisah sangat apa yang GPMS buat. Anda sendiri pun patut sedar bahawa anda juga bukanlah dari kalangan orang cerdik pandai dari segi akademik ( pandai mengampu Dr Mahathir dan UMNO bolehlah! ). Entah-entah bercakap bahasa Inggeris pun kelam kabut.

Saya berharap sangat agar anda berhenti memberi apa-apa ulasan mengenai isu DSAI kerana saya jijik membacanya. Saya juga berharap supaya anda jangan lagi tampil bercakap mengenai isu politik di kaca TV kerana saya menyampah melihat anda bercakap macam orang bodoh. Sedarlah sikit anda bukannya pakar di dalam apa-apa bidang, jadi biarkan orang-orang yang lebih pakar sahaja tampil di kaca TV. Ingat! apa saja ulasan bodoh anda di akhbar atau di kaca TV akan saya sanggah di laman ini serta merta!

Sekiranya anda masih berterusan membuat ulasan-ulasan bodoh mengenai DSAI, jangan harap kita akan bertemu muka lagi sehingga akhir hayat saya. Saya juga tidak akan membenarkan anda menziarahi DSAI setelah beliau dibebaskan nanti kerana anda memang saorang POLITIKUS OPPORTUNIST!

Saya menyeru kepada semua pelajar-pelajar Melayu di Institute Pengajian Tinggi supaya jangan pedulikan nasihat saudara saya yang saorang ini kerana beliau hanyalah saorang manusia yang mempunyai berbagai kepentingan dan telah dirasok oleh kemewahan.

JIKA TAKUT DENGAN RISIKO, JANGAN BICARA TENTANG PERJUANGAN

SAUDARA KEPADA SUHAIMI IBRAHIM




Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com