DUA WAKIL RAKYAT BELUM ANGKAT SUMPAH

 

KUALA LUMPUR, 23 Dis - Dewan Rakyat yang bersidang empat hari mulai Isnin lepas, ditangguhkan hari ini ke satu tarikh yang belum ditetapkan.

Mesyuarat pertama, penggal pertama, Parlimen ke-10 yang diadakan selepas pilihan raya umum 29 Nov lepas itu menyaksikan majlis pelantikan Speaker dan dua Timbalan Speaker serta angkat sumpah jawatan anggota Parlimen.

Dua anggota dewan yang belum mengangkat sumpah ialah Haji Hadi Awang (PAS-Marang) dan Mustafa Ali (PAS-Dungun).

Komposisi anggota Parlimen kali ini ialah 148 Barisan Nasional, 27 PAS, 10 DAP, lima Parti Keadilan dan tiga Parti Bersatu Sabah.