Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

Kezaliman, penindasan, penipuan, salahguna kuasa, penyelewengan dan yang sewaktu dengannya

Kehadapan
Y.A.B Menteri Besar Terengganu
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Terlebih dahulu saya mengucapkan Alhamdulillah dan tahniah kepada Tuan Guru kerana telah berjaya menerajui kepimpinan islam di Terengganu hasil daripada kemenangan yang cukup besar dalam pilihanraya 99 ini dan sekali gus menyapu bersih semua kerusi parlimen Terengganu. Inilah kehendak rakyat negeri Terengganu sekarang yang inginkan perubahan dalam pemerintahan dan pentadbiran secara Islam di Terengganu seperti yan telah ditunjukkan oleh negeri jiran kita iaitu Kelantan. Rakyat sudah bosan dengan kezaliman yang telah dilakukan oleh kerajaan BN, sehinggakan rakyat tertanya-tanya ke manakah perginya hasil royalty minyak yang banyak itu dibelanjakan untuk pembangunan rakyat dan negeri Terengganu? Selama pemerintahan BN, ternyata tiada apa yang hendak dibanggakan di Terengganu, Cuma kita diwar-warkan sahaja tentang kekayaan Negeri Terengganu namun pada hakikatnya rakyat merempat di bumi sendiri.

Disini saya ingin mendedahkan beberapa penyelewengan yang saya fikirkan kerajaan yang dipimpin oleh Tuan Guru harus mengambil tindakan penyiasatan lanjut dengan kadar yang segera ke atas Syarikat Pesama Timber Corp. Sdn. Bhd. iaitu anak Syarikat Golden Pharos yang dipunyai oleh ASDI dan pada asalnya syarikat Pesama Timber Corp. Sdn. Bhd. adalah anak syarikat kepada Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu. Salahguna kuasa dan penyelewengan yang berlaku adalah dipelopori oleh Penolong Pengurus Besar Pesama Timber Corp. Sdn. Bhd. iaitu En. Ahmad Kamal Che Hassan yang merupakan talibarut kepada Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad dan Ahmad Said (bekas ADUN BN Kijal). Antara Penipuan dan salahlaku yan dilakukan oleh beliau adalah seperti berikut:

1. Mengguna sepenuhnya kuasa eksekutifnya untuk kepentingan politik Tan Sri Wan Mokhtar dan Ahmad Said, iaitu dengan menggunakan wang syarikat untuk membeli kain batik dan pelikat untuk diagihkan kepada orang ramai, menggunakan wang syarikat untuk menderma kepada orang ramai untuk kepentingan politik BN di Kemaman dan seterusnya membuat ‘function’ atau majlis yang besar di dalam perkarangan kilang Pesama untuk dihadiri Tan Sri Wan Mokhtar dan Ahmad Said, yang tidak lain hanya bermotifkan penajaan terhadap politik BN di Kemaman.

2. Pengambilan pekerja tidak mengikut saluran yang betul dan hanya mementingkan kroni Wan Mokhtar, contohnya En. Ahmad Kamal sendiri membuat surat pelantikan sendiri untuk beliau memegang jawatan Pengurus Pentadbiran sebelum beliau menjawat jawatan sebagai Penolong Pengurus Besar sekarang dan surat tersebut diluluskan oleh Pengurus Besar iaitu En. Wong Shiew Yong yang juga kroni Wan Mokhtar yang mewakili MCA Kemaman.

3. Beliau telah memecat dan menukar pegawai kanan ke syarikat lain seperti Permint Plywood dan KPKKT (Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Terengganu) untuk beliau merampas tempat untuk menjawat jawatan yang disandang sekarang iaitu Penolong Pengurus Besar walaupun jawatan tersebut tidak layak sama sekali untuk beliau kerana beliau tidak mempunyai kelulusan dan pengalaman dalam pengilangan atau industri perkayuan.

4. Melanggar peraturan am syarikat di mana, semua pegawai syarikat tidak dibenarkan membuat pinjaman tunai sebanyak RM40,000, namun beliau dengan senang sahaja mendapat pinjaman tersebut.

5. Menganiaya pekerja dengan menukar tempat kerja, kenaikan gaji tahunan yang sedikit dan banyak lagi penganiyaan lain semata-mata kerana pekerja tersebut bukan penyokong BN.

Diharap Y.A.B. Tuan Guru meneliti laporan saya ini dan jika ragu-ragu silalah buat penyiasatan terperinci terhadap pengurusan syarikat ini iaitu Pesama Timber Corp. Sdn. Bhd., Jakar, Kemaman. Dan saya mengharapkan tindakan drastik akan dilakukan untuk membanteras terus kejahatan akar umbi UMNO/BN di Kemaman khususnya dan Terengganu amnya, supaya kerajaan Islam PAS di bawah kepimpinan Tuan Guru diteruskan kesinambungannya selama-lamanya di Terengganu dan kita akan menolak kerajaan BN yang terang-terang menolak Islam itu.

Sekian. Wassalam.

Yang Benar

Kampung Che Wan
Kijal, Kemaman, Terengganu

Nama pengirim tidak disiarkan


Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com