RIBUAN BERTARAWIH DENGAN MB TERENGGANU

TERENGGANU, Di KEMAMAN seramai 10,000 rakyat menyambut Menteri Besar Terengganu, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Masjid Geliga, Jumaat lalu yang sebahagian besar daripada mereka bertakbir.

Sambutan luar biasa tersebut diakui sendiri oleh MB Terengganu kepada salah seorang imam selepas solat Isyak dan Tarawih secara berjemaah.

"10 ribu rakyat bersama Tuan Guru MB," ujar Imam Haji Azahar ketika merakamkan ucapan terima kasih di atas kunjungan tersebut.

Tinjauan Harakah mendapati ruangan dalam masjid di segenap sudut penuh sesak dengan orang ramai yang ingin melihat wajah tuan guru dari dekat.

Menteri Besar mengimamkan solat sunat Tarawih, mengadakan tazkirah serta bertemu dengan rakyat dalam Dun Chukai yang pernah diwakili oleh bekas MB, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad.

Peluang pertama kali berkunjung ke daerah ini selepas menerajui kerajaan negeri Terengganu digunakan sepenuh oleh rakyat.

Sementara itu, pelbagai gelagat orang ramai dapat dilihat yang berebut-rebut untuk bersalaman dengan Menteri Besar selepas selesai majlis tazkirah.

Kelihatan ada yang tersilap cium tangan sendiri, ada yang hanya sempat memegang bahu 'tok guru', serta ada yang hanya mampu lihat dari jauh wajah seorang MB.


Sementara itu di DUNGUN, Tuan Guru Haji Abdul Hadi tidak dapat hadir kerana ada urusan di Kedah. Sepatutnya Tuan Guru Haji Abdul Hadi akan berbuka puasa di Dungun bersama rakyat pada 18 Disember baru-baru ini.

Tuan Haji Harun Taib telah mengganti Tuan Guru Haji Abdul Hadi untuk majlis itu. Antara lain Ust Harun menyebut bahawa sekira kita baru pindah rumah...kadang-kadang nak cari sudu pun tak tahu dimana. Katanya begitulah dengan kerajaan PAS yang baru masih banyak perkara yang perlu diperhati, jadi janganlah nak segera semuanya. Ada yang segera, boleh disegerakan mana-mana yang perlu masa setahuk..ke dua tahun, perlukan masa tambahnya lagi.

Sementara itu solat Tarawih di Masjid Intan Zaharah di Imami oleh Ust Haji Roslan Ismail (ADUN Bukit Besi - yang Mengalahkan Awang Jabar). Walau pun tiada kehadiran Tuan Guru Haji Abdul Hadi 3/4 masjid dipenuhi oleh orang ramai.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi akan datang semuala ke Dungun pada 30 Disember ini.