Tulisan saya mengenai kepim- pinan Pas sebelum ini telah dimuatkan di laman Tranung Kite. Saya amat terkejut kerana ini bolih merosakkan kepimpinan Pas itu sendiri tetapi apabila difikir secara mendalam
adalah relevan untuk kebaikkan dalam menjaga Islam, parti, pemimpin itu sendiri, supaya tidak ada birokrasi serta mempunyai 'transparancy' dalam 'Party'.
Semalam saya bersembahyang di masjid kampung saya di Kijal dan khutbah
yang disampai pun mengenai soal kepimpinan. Khutbahnya amat baik sekali
dan amat sesuai dengan isu-isu kepimpinan yang hangat diperkatakan.
Saya berharap agar pihak pimpinan men'tranformasi'kan isu-isu seperti itu melalaui khutbah
jummat seperti yang disampaikan semalam.
Seperkara lagi ialah Pihak Pimpinan Pas Terengganu perlu menyiasat Ahli Majlis Sura yang
dilantik sebelum membuat pelantikkan terutamanya Ketua Kampung. Dari Auf bin Malik, katanya,
"saya mendengar Rasululah s.a.w.bersabda :
"pemimpin-pemimpin pilihan diantara kamu semua ialah orang-orang yang kamu semua cintai merika dan merikapun mencintai kamu semua,juga engkau mendoakan kebaikkan untuk merika dan merika mendoakan untuk kamu semua.
adapun pemimpin yang jahat diantara kamu ialah orang yang engkau benci dan merika membenci kamu semua,juga engkau semua melaknat merika dan merika pun melaknat kamu semua."
Disini saya ingin mengambil kesempatan secara terbuka memohon maaf sekiranya terlanjur kata atau terkasar bahasa terhadap kepimpinan atau
pun individu. Semuga Allah mengampuni dosa saya. Amin........