23hb November 1999: Tawanan Perang No.3: Zawazan Nikolai Niklabovic (Unit Tindakan Khas Udara)
Soalan: Perkenalkan diri anda.
Jawapan: Zawazan Nikolai Niklabovic (Seorang yang mempercayai adanyapenyaliban) daripada daerah Beshkeria. Saya menyertai Unit Tindakan Khas Udara Tentera Rusia pada tahun lepas.
Soalan: Bagaimana kamu tertangkap?
Jawapan: Saya tiba di Dagestan tiga hari yang lepas dan terus menyertai Unit Tindakan Khas Udara yang menyeberangi terus ke Chechnya. (Tawanan ini menceritakan cerita yang sama seperti tawanan yang lalu). Bila kami mula diserang, komander kami mengarahkan saya melontarkan bom asap bagi mengundurkan unit kami. Saya lontarkan bom pertama, tetapi ianya tidak meletup. Bila saya cuba melontarkan bom yang kedua, ianya meletup ditangan saya menyebabkan kehilangan 2 jari di tangan kanan. Bila kami lihat pejuang mujahidin mula mendekati kami, kami merayu agar agar tidak dibunuh, dan kami menyerah kepada mereka. Kemudian kami serahkan kesemua senjata kami dan selepas itu pihak mujahidin menghantar kami ke hospital bagi rawatan selanjutnya.
Soalan: Apakah operasi yang telah diarahkan kepada kamu? Apakah arahan yang telah dikeluarkan?
Jawapan: Sama seperti jawapan yang telah diberikan oleh tawanan nombor 2.
Soalan: Adakah pihak tentera Rusia menggunakan taktik baru yang lain daripada yang digunakan semasa perang Chechen yang pertama dulu?
Jawapan: Tidak ada strategi baru. Kami lihat bagaimana kapalterbang serta artileri mengebom kampung-kampung Chenchen, membunuh dan mencederakan orangyang tidak bersalah. Saya telah menjadi tawanan perang pihak Mujahidin di bandar Vedeno, dan melihat bagaimana unit artileri Russia mengebom bandar dengan menyatakan bahawa mereka mengebom posisi pihak Mujahidin. Bagi pihak Russia, perang ini (Seperti perang yang pertama dulu), adalah dimana penggunaan senjata berat perlu digunakan dengan berkesan secara jarak jauh.
Soalan: Bagaimana pandangan kamu tentang moral tentera-tentera Russia?
Jawapan: Pada mulanya, saya enggan berperang. Tetapi saya dipaksa kemedan perang tanpa kemahuan saya. Perkara utama yang dipentingkan oleh pegawai atasan saya adalah mempertahankan posisi dan menerima pingat keberanian. Pegawai kami tidak mementingkan tentera bawahan dan moral kami. Kami tidak tahu apakah yang kami perjuangkan dan kami tidak ada matlamat dalam peperangan ini. Inilah sebabnya mengapa kami tidak mempunyai moral.
Soalan : Bagaimana pandangan kamu tentang moral pihak pejuang MujahidindiChecnya?
Jawapan: Pejuang Mujahidin tidak kenal erti takut dan sebab utamanya ialah mereka berperang untuk tanah air meraka.
Soalan: Apakah sebabnya mengadakan perang terhadap Republik Chechnya?
Jawapan: Saya tidak tahu, tetapi pilihanraya akan diadakan di Russia, dan perang ini berkemungkinan disebabkan oleh birokratik seperti Perdana Menteri (Putin) dan pegawai-pegawainya yang sentiasa tergila-gilakankan kuasa dan kedudukan didalam kerajaan.
Soalan: Pada pandangan kamu, siapakah yang akan memenangi perang ini?
Jawapan: Saya fikir perang ini akan dimenangi oleh penduduk di sini. Pihak Russia percaya bahawa mereka boleh mengalahkan Mujahidin, tetapi mereka samasekali tidak akan berjaya.
Soalan: Apakah yang kamu ingin katakan kepada kerajaan Russia dan pihak tentera?
Jawapan: Saya menyeru kepada pihak kerajaan Russia agar menghentikan peperangan yang sia-sia ini. Sekiranya ada penakluk asing menyerang negara kita, maka kami akan berperang dan kami tahu tujuan kami berperang. Kepada pegawai-pegawai kami! Hentikan penghantaran kumpulan-kumpulan tentera. (Untuk Mati!) Bukannya kamu (Pegawai-pegawai) yang akan mati, kami disini! Tentera-tentera biasa yang akan mengalami kematian. Jika salah seorang daripada kamu tertangkap dan tercedera seperti saya, pastinya kamu telah menghentikan peperangan ini. Tentera-tentera pun tidak terlatih menggunakan senjata mereka, lihatlah saya, saya mengalami kecederaan dan sebahagian dari tangan saya cedera.
Soalan: Apakah yang kamu telah dengar tentang Mujahidin?
Jawapan: Berbeza dengan apa yang pegawai kami telah ceritakan, pihak Mujahidin mengambil kami terus dari medan peperangan dan menghantar ke hospital dimana kami mendapat rawatan cemas dan seterusnya rawatan biasa. Kami makan seperti apa yang pihak Mujahidin makan...apa yang kerajaan Russia nyatakan tentang pihak Mujahidin semuanya penipuan belaka.
Balik ke atas
Temubual bersama Tawaran Perang Rusia No.4
23hb November 1999: Banduan Russia No. 4: Vladimir Bakhomov:
Soalan:Perkenalkan diri anda.
Jawapan: Nama saya Vladimir Bakhomov. Umur saya 24 tahun and saya tinggal berdekatan Moscow. Saya telah berumahtangga dan tidak mempunyai anak. Saya adalah seorang pegawai di Unit Perisikan Tentera di Bahagian Pengintipan.
Jawapan pegawai tersebut terhadap soalan yang diajukan oleh Mujahideen hampir sama dengan jawapan dari rakan-rakannya yang telah ditangkap berdekatan Vedeno.
Temubual bersama Tawaran Perang Rusia No.5
24hb November 1999: Banduan Russia No. 5: K. Vitaly Yakovlich, Bahagian Tentera 506:
Soalan: Perkenalkan diri anda.
Jawapan: Nama saya K.Vitaly Yakovlich. Saya dari Ptra (berdekatan dengan Moscow) dan memasuki Bahagian Tentera 506 pada tahun lepas.
Soalan: Bagaimana anda ditangkap?
Jawapan: Saya menyerah diri kepada Mujahideen bersama-sama 2 org rakan saya.Kami serahkan senjata kami dan berada di bawah perlindungan Mujahideen di utara bandar Petro Palmisky.
Soalan: Apakah operasi yang telah anda diberi-kuasa? Apakah arahan yang telah anda keluarkan?
Jawapan: Saya adalah tentera pejalan kaki yang ditempatkan di utara Grozny.
Soalan: Adakah tentera Russia menggunakan tektik yang baru yang berbeza dari tektik semasa Peperangan Chencen pertama?
Jawapan: Tentera Russia menggunakan tektik yang konservatif di dalam pertempur an dengan Mujahideen. Pihak tentera merancang untuk menyerang Mujahidden dengan menghantar beberapa unit serentak, setiap kali setiap unit dapat menakluk bahagian tertentu, ia akan mengekalkan kedudukannya dan membenarkan unit yang lain mara ke depan. Ketua Tentera kami, berasal dr Chechen, memberitahu yang tektik tersebut telah digunakan oleh Jerman Nazi semasa Perang Dunia ke 2. Walaubagaimanapun, (tektik ini tidak berjaya) saya tidak pernah melihat kenderaan bersenjata maju ke depan.
Soalan: Bagaimana anda gambarkan moral tentera Russia?
Jawapan: Moral tentera Russia semakin teruk. Kami sentiasa dipukul dan dihina oleh pegawai2 dan Cotatrat (Unit Mercenary -askar upahan). Bekalan makanan terhad, dan kami terpaksa berkawal 12 jam sehari tiap-tiap hari. Ramai askar yang ingin melarikan diri tetapi mereka takut 2 perkara.Pertama, Unit Perisikan Tentera akan mengejar pelarian2 tersebut.Pegawai kami juga menyatakan yang sesiapa yg ingkar akan dibunuh dan tidak akan dipedulikan lagi. Kedua, salah sangka mengenai Mujahideen yang menyerupai raksasa yang akan menyiksa dan membunuh tawanan mereka. Saya sedar yang gambaran tersebut adalah salah.
Soalan: Bagaimana ada gambarkan moral Mujahidden di Chechnya?
Jawapan: Saya tidak tahu. Tetapi setelah tinggal bersama-sama mereka (Mujahidden) untuk beberapa ketika, saya sedar mereka tidak mempunyai rasa takut dan sentiasa sedia untuk berperang. Kami (Russia) walaubagaimanapun merasa takut kerana kami takut mati.
Soalan: Apakah sebab peperangan menentang Republik Chechnya?
Jawapan: Saya tdak tahu.
Soalan: Siapa yang anda rasa akan menang peperangan ini?
Jawapan: Kemenangan akan menjadi milik rakyat negara ini, tidak kira berapa lama tentera Russia berada di sini.
Soalan: Apa yang ingin anda sampaikan kepada kerajaan dan tentera Russia ?
Jawapan: Saya beritahu sesiapa yang boleh (tentera Russia), sekiranya mereka boleh melarikan diri, lakukanlah tanpa teragak-agak. Tentera Russia telah membohongi kita. Mereka mengatakan yg kami mempertahankan Dagestan, tetapi sebenarnya kami berada di Grozny dan menghadapi ancaman maut.