Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

Berita Harian Penipu Besar...............

KUALA TERENGGANU, 6 Jan - Berita "Hairan" menyatakan Nik binti Ali, 63, dari Banggol Binjai yang kematian suami dan menampung hidup dengan menjual ketupat, juga tidak disenaraikan sebagai penerima zakat sedangkan dia berhak menerimanya.

"Makcik sedih kerana tidak lagi layak menerima bantuan zakat seperti tahun sebelumnya apabila kerajaan baru memerintah," katanya.

Beliau yang mempunyai seorang anak dan tujuh cucu percaya namanya sengaja dicicirkan oleh pihak tertentu kerana mengetahui dia sememangnya penyokong kuat Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

PENJELASAN KEPADA PENIPUAN

  1. Perhatikan pada gambar itu betul-betul. Makcik itu "surung" (masukkan) kayu api itu gunakan tangan bersilang, sepatutnya gunalah tangan sebelah lagi, nanti tak terkena periuk. KENAPA ??
    Kerana dia nak sorok tangan sebelah lagi.... adakah tanganya kudung ???? Orang Banggol Binjal mesti tahu.
    SEBENARNYA...Tangan satu lagi...ada gelang...banyak tahu...dikatakan pada saya lebih daripada 5 urat....
  2. Soalan : Dia sengaja sorak.....atau diarah buat demikian......
    TALI BARUT dan BARUA dalam BERITA HARIAN lah yang suruh......
    Jadilah penipu, dan makanlah duit daripada berita penipuan tersebut.
  3. Jika anda penduduk Banggol Binjai anda mesti tahu perkara sebenar, tapi malanganya akhbar laknat ini telah beredar keseluruh negara, hingga seorang kawan saya (wartawan) menghantar email rasa sedih dan marah terhadap penipuan tersebut.
  4. Itu tak cerita lagi mengenai rantai mak cik tu....nasib baik tak naampak........Tapi kita orang tahu dia ada rantai.
  5. Ramai lagi orang fakir dan miskin yang perlukan bantuan....jangan kita zalim kepada orang sepatutnya dapat tapi tak dapat....JANGAN JADI UMNO yang mengkhianati harta dan amanah rakyat.

Ini kes kedua :

Petikan Berita harian adalah berikut : Penjual ikan, Muhammad Abdullah, 60, dari Kampung Lerek di sini berkata, kejadian seperti itu tidak sepatutnya berlaku kerana sebelum ini sudah lima tahun beliau menerima bantuan wang zakat.

"Tidak adil jika orang yang berhak mendapat wang zakat tiba-tiba dikeluarkan daripada senarai penerima," katanya.

Muhammad berkata, beliau diberitahu mereka yang akan diberikan bantuan zakat kali ini perlu ada surat tawaran yang dikeluarkan Pas.

PENJELASAN KEPADA PENIPUAN KES II

  1. Maaf saya tak sertakan gambar....tapi boleh rujuk m/s 5 edisi Timur. Lihat betul-betul surat tersbut. Apa yang anda boleh buat rumusan.
  2. Semua orang tahu bahawa PAS tiada surat rasmi nak bagi zakat ni.....kita orang ada kutip duit untuk diberi kepada fakir miskin.
    Sebagai contoh saya pernah menjadi S/U Pas Cawangan (bukan rantinglah berita harian...). Kami membuat mesyuarat dan meminta siapa nak sponser untuk misalnya 40 fakir miskin. Dalam mesyuarat adalah orang berada dan ingin beramal akan cuba untuk memberi bantuan kepada 1, 2, atau lebih...biasa belanja untuk seorang tak kurang RM50 sahaja.
  3. Surat itu difahamkan surat fotokopi aje. (Nak main saraf juga nampaknya).

RUMUSAN

Sebelum ini BERITA HARIAN telah tipu kita dengan gambar perjumpaan Mahathir di Perlis.....
Saya ada komen...Lihat (http://dppkd.tripod.com/berita/tipu.htm) Sila klik Untuk melihat komen saya.

Kesimpulannya BERITA HARIAN memang menghairankan PENIPU BESAR.....semoga Allah akan menghitungnya diakhir.

Tok Ayah


Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com