Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

Pertuduhan Terhadap Hajjah Marina Yusof

Para pencinta keadilan dan kebenaran diminta supaya beramai-ramai memberikan sokongan pada 14 Januari 2000 (lusa) terhadap Puan Hajjah Marina Yusoff di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, pukul 9.00 pagi. Reformis yang berada di kawasa utara amatlah dialu-alukan kedatangannya.

PERTUDUHAN YANG DIBACA IALAH :-

"Bahawa kamu, pada 29 September 1999, pada 9.45- 10.08 malam di Moral Uplisting Society Hall, Jalan Tanah Liat, Bukit Mertajam telah berkata :

'Saya nak ingatkan orang Melayu, orang Cina, orang India punca peristiwa 13 Mei adalah berpunca dari UMNO. UMNO yang mula membunuh orang Cina kerana UMNO di Selangor sudah kalah. Pembunuhan orang Cina dimulakan oleh UMNO. Masa itu dirancang oleh pemimpin UMNO Selangor diketuai oleh Dato' Haron.'

"Oleh itu, kamu didakwa dibawah Seksyen 4(1)B Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh didakwa dibawah 4(1) akta yang sama.

DSP Patrick Jigaz


Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com