Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

Muhammad Taib dibenarkan masuk Ber'tumbuk'

KUALA LUMPUR, 5 Jan - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Haji Muhamad Taib yang bercuti daripada menjalankan tugas sebagai naib presiden Umno boleh menawarkan diri untuk bertanding semula pada pemilihan parti tahun ini, kata Setiausaha Agung Umno Tan Sri Khalil Yaakob.

Katanya, Muhammad boleh berbuat demikian kerana cutinya akan tamat serentak dengan tamatnya penggal perkhidmatan beliau sebagai naib presiden pada perhimpunan agung parti pada 11, 12 dan 13 Mei ini.

"Dia cuti sahaja sampai habis penggal...bila lapse (tamat), terserah pada dialah," katanya ketika ditanya kedudukan Muhammad yang bercuti sejak 1997.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Khalil berkata, Majlis Tertinggi (MT) tidak pernah membincangkan soal itu atau mengeluarkan sebarang arahan menghalang Muhammad daripada bertanding pada pemilihan parti tahun ini.

Komen Tok Ayah : Selepas Pesta ARAK kita boleh lihat dan dengar pula Pesta Bertumbuk dalam UMNO. Selamat berjuang kepada peserta 'bertumbuk'




Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com