Ibu tunggal diberi perhatianKUALA TERENGGANU: Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita dan Bukan Islam negeri, Ustaz Awang Dagang Jusoh berkata, pihaknya akan memberikan perhatian kepada ibu-ibu tunggal terutama yang terbiar. Katanya, ramai ibu tunggal di negeri ini yang tidak mendapat pembelaan sewajarnya sama ada yang kematian suami atau ditinggalkan begitu sahaja. Menurutnya, masalah yang dihadapi oleh ibu tunggal menjadi lebih berat apabila terpaksa mencari nafkah untuk menanggung perbelanjaan anak-anak. "Ibu tunggal dalam keadaan seperti itu perlu bekerja dan perlu diberi perhatian," katanya. |
Dipetik daripada HARAKAH