Rancangan TV3 3/4 Hina Islam Lagi

assalamualaikum warahmatullah...

selepas solat terawih malam tadi,saya sekeluarga beristirehat sambil menonton tv.kebetulan TV3 sedang menayangkan sebuah filem cina bertajuk 1 A.M. filem tersebut mengisahkan tentang pengalaman orang˛ yang terserempak dengan hantu.salah satunya adalah pengalaman seorang jururawat yang bertemu dengan roh manusia dan hantu di sebuah hospital di awal cerita.apa yang menimbulkan tanda tanya adalah setiap kali jururawat tersebut terserempak dengan hantu.

Pada mulanya saya tidak percaya apa yang saya dengar,tetapi apabila saya mengamatinya dengan betul˛ buat kali kedua,saya amat pasti apa yang saya dengar.setiap kali jururawat tersebut terserempak dengan hantu,akan kedengaran muzik yang meremangkan,dan berlatarkan bunyi orang sedang membaca al-quran dan berzikir.pada mulanya saya anggap bunyi tersebut datang dari surau berdekatan,tetapi apabila diamati betul˛,ternyata ianya datang dari filem tersebut dan ianya berulang sebanyak 2 kali.saya berasa hairan kerana filem tersebut berasaskan kepercayaan kristian,tetapi mengapa terdapat suara orang membaca quran?adakah ianya kesilapan pihak TV3,ataupun sememangnya sebahagian daripada filem tersebut?maka,apakah tujuannya?adakah untuk mempersendakan islam?adakah untuk menunjukkan islam ini mengamalkan kepercayaan karut terhadap hantu?

sepatutnya pihak TV3 lebih berhati˛ menyunting sesebuah filem kerana ini bukan kali pertama kesilapan sebegini berlaku.dan lebih tepat lagi,cerita tahyul sebegitu tidak patut diluluskan,apatah lagi ianya banyak menyelitkan unsur kristian dan salib.saya berharap agar pihak TV3 dapat berbuat sesuatu dia masa hadapan agar kesilapan sebegini tidak akan berlaku lagi.

wassalam

-khumaira-