SIFAT UMNO YANG SEBENAR

 

UMNO tidak akan berubah selagi ahlinya berfikiran singkat dan cetek. UMNO tidak akan berjaya selagi ahlinya tidak mahu berubah dan menghadapi kenyataan. Kekalahan demi kelahan di Kelantan dan diikuti oleh Terengganu serta beberapa negeri lain adalah natijah dari sikap UMNO yang merasa dirinya selalu betul dan orang lain sentiasa salah. Kekalahan paling teruk dalam sejarah melalui pemilu 10, sepatutnya boleh membuka mata dan mengkaji kelemahan diri sendiri. Kelihatan beberapa hari selepas itu, mereka menyalah dan menuduh orang lain. Cuma ada beberapa orang yang agak rasional, meletakkan beberapa sebab dalaman menyebabkan kekalahan di beberapa tempat. Menteri Besar Pahang umpamanya menyalahkan pengundi yang berasal dari Kelantan (sentimen Kelantan) menyebabkan kemenangan PAS. Dia tidak sedar selama ini orang-orang tersebut berapa ramai sebenarnya (kebanyakannya berselerak serata Pahang) sehingga boleh mengalahkan UMNO. Bilangan mereka tidaklah akan sampai mengalahkan UMNO kerana sebahagian balik mengundi di Kelantan dan yang ada pun pasti terbahagi dua. Dia tidak mahu terima hakikat sebahagian besar undi tersebut adalah dari anak Pahang sendiri. Mereka mengundi PAS sebahagiannya bukan kerana mereka PAS, tetapi sekadar menunjukkan rasa benci dan jejek melihat cara dan budaya UMNO yang semakin tidak bermoral dan sangat hina cara berkempen.

Yang memilukan ialah apabila menuduh pas menyebar dakyah, apa itu dakyah? Orang ramai boleh menilai antara dakyah dengan kebenaran. PAS tidak pernah menyebarkan fahaman salah tentang hidup, ia menyatakan yang benar dan kebanyakannya berdasarkan Al Quran dan hadis. Orang ramai tidak boleh menerima budaya fitnah dan secular yang di bawa oleh UMNO sebagai cara hidup orang Melayu dan Islam. Jangan memaksa rakyat menerima budaya itu sabagai betul kerana Islam telah menetapkan bahawa "FITNAH ITU LEBIH DAHSYAT DARI MEMBUNUH". Orang ramai telahpun memutuskan setiap satu kempen UMNO sama ada melalui akhbar, TV dan radio adalah fitnah semata-mata. Fitnah yang paling hebat dalam sejarah hidup manusia, seluruh dunia disebarkan. Apalagi dengan munculnya ibu segala fitnah, Umi Hafilda malam pilihanraya.

Saya pernah berkhidmat di Pahang dan dapat merasakan bagaimana orang Pahang mulai membenci UMNO lantaran jahatnya cara mereka menjatuhkan SDR ANWAR IBRAHIM, masalah membolot kekayaan negara, masalah menghina ulamak, nabi dan mempersendakan Al Quran. Akuilah hakikat dan faktur utama ini dan jangan cuba mencari helah dan menyalahkan orang lain. Orang lain itu sentiasa melihat dan menilai kita, selagi kita betul orang akan sokong kita, bila kejahatan kita sudah melampau, janganlah terkejut apabila orang tidak menyokong kita lagi. Pengundi tak boleh dipaksa, ahli UMNO boleh dipaksa menelan apa sahaja kata Presiden kerana kita tahu apa yang mereka pegang..."...semua kata Presiden parti pasti betul, PM tak akan buat silap". Pengundi tak boleh diperbodoh kerana mereka tak ada sebarang kepentingan. Ahli UMNO boleh diperbodoh kerana mereka ada kepentingan. Jangan pula kerana UMNO nak terjun lubuk, sama-sama mengajak orang lain ikut terjun lubuk.

Di Kelantan paling ketara. Setiap kali kalah, mereka akan mengugut rakyat. Misalnya Ibrahim Ali mencadangkan agar JPP ditutup dan rakyat mesti didera. Ini sahaja modal setiap kali kalah. Rakyat menjadi semakin fed-up dan benci dengan ugutan bodoh seperti ini. Sebab itu, UMNO tidak pernah dapat memujuk dan menarik hati rakyat Kelantan kerana pemimpinnya sendiri sangat dangkal dan berfikiran cetek. Begitu juga dengan Hashim Safin yang menyalahkan pegawai kerajaan dan mengugut akan mengambil tindakan. Ugutan-ugutan seperti ini sebenarnya tidak pernah menguntungkan UMNO bahkan sebahagian faktur tersebarnya PAS ke seluruh pelusuk negeri dan negara adalah akibat dari pertukaran itulah. Pegawai-pegawai kerajaan ini bukan orang bodoh dan kebencian mereka akan lebih membara apabila mereka ditukar. Akhirnya dari kawasan yang asalnya kubu UMNO, sedikit demi sedikit ia telah diterbus dan kemudiannya dapat ditubuhkan cawangan PAS. Tanyalah kepada diri sendiri, apakah keuntungan yang UMNO dapat hasil dari menukarkan orang-orang terebut. UMNO seharusnya melihat dari sudut keuntungan kepada parti bukannya sekadar membalas dendam. Dendam mungkin terbalas, tapi kalau merugikan parti ianya langsung tidak berguna.

Saya ingin sarankan kepada UMNO apabila membuat post mortem, buatlah secara ikhlas. Tengoklah faktur dalaman itu sebanyak mungkin. Saya pernah dimaklumkan oleh seorang rakan (orang UMNO) sehari sebelum mengundi. Dia kata, "....menang dah". Saya bertanya "apa yang menang? poster?"...Dia jawab balik, "menang undilah..berdasarkan kepada laporan banci ". Saya tergelak sendirian kerana tahu benar tabiat Ketua Cawangan yang membuat laporan tersebut. Misalnya, "ok bos, semua beres, sapu licin.....duit bos, minum teh.." Itulah cara laporan diberi sekadar untuk melegakan hati bos dan dapat sedikit duit untuk beli rokok. Kita sebagai orang luar dah tahu dari awal lagi PAS akan sapu licin seluruh Kelantan, tapi oleh kerana orang-orang UMNO kebanyakannya cetek akal dan tidak dapat membaca hati orang lain, merasa sebaliknya.

UMNO akan terus kempunan selagi tidak mahu menilik diri atau muhasabah diri sendiri. Pemilu 11 menjanjikan pengundi-pengundi muda yang lebih pintar dijangka 3 juta bakal menumbangkan UMNO sehingga mereka berani membetulkan kelemahan dan mengembalikan yang hak.

Mohad