ABDULLAH PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO TERENGGANU

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengesahkan bahawa beliau dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu.

Katanya, pelantikan beliau itu diputuskan oleh Majlis Tertinggi Umno pada mesyuarat yang diadakan baru-baru ini.

Abdullah yang juga Naib Presiden Umno berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar mengenai kenyataan Bekas Menteri Besar Terengganu Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad yang membayangkan bahawa beliau tidak lagi memegang jawatan itu.

Abdullah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang menggantikan Wan Mokhtar, yang sebelum ini memegang jawatan menteri besar selama 25 tahun, beliau tewas pada pilihan raya umum 29 Nov lepas.

Mengenai perkembangan Umno Pulau Pinang, Abdullah berkata, Badan Perhubungan Umno Negeri akan bekerja bersungguh-sungguh pada tahun 2000 untuk memastikan kedudukan Umno semakin kukuh di negeri itu.

Komen Tok Ayah : Abdullah Ahmad Badawi jadi Ketua Perhubungan UMNO Negeri Terengganu pasal dia dengar Tuan Guru dah bagi pelihara babi.