UNTUNG BILA ISLAM MEMERINTAH

Assalamualaikum

Saya menghadiri sidang DUN baru baru ini dari awal sampai akhir.Semasa persidangan ini semua pemerhati PAS hebat hebat belaka. Kebanyakan pakai coat , tie dan lencana pemerhati.Rupa nya orang PAS ini bila pakai pakaian begini hebat dan handsome diluar dugaan saya. Ada yang rupa macam ArnoldSwanager , ada yang rupa macam Eman Manan.

Hujan cukup lebat tapi semua itu tidak menjatuhkan semangat pemerhati PAS untuk mendengar persidangan sulung. Dewan tempat bersidang terletak di tepi bangunan tinggi Wisma dalam bentuk rumah lama Terengganu.Sungguh hebat , macam duduk dlam hotel.

Semua kerusi di dalam dewan di duduki oleh ADUN Pas dengan sut baju melayunya , kot western dan ada yang berjubah termasuk YAB Menteri besar. Nun disebelah sana terdapat 4 crook BN yang masih berlagak seolah olah belum kalah pilihanraya dan sangat mahir mentadbir negeri.Ketua nya Rashid Ngah wakil rakyat yang menang hanya dengan undi POS askar . Dengar kabar ,undi POS yang memenangkannya adalah undi POS yang tidak dijaga SPR. Songkok Crook BN ni lain sikit pakai nya. Ia seolah olah tenggelam sampai kekening yang sudah beruban saperti beruban nya kening partner bosnya Wan Moktor. Duduknya selalu mengiring seolah olah , aku sudah mahir dengan memerintah negeri, kamu semua nak bercakap pun tak tahu procedure , bagi bukti pun mengelabah.Itu lah sikap Kepala Crook BN ini walaupun pandainya hanya mengarang novel dibawah alunan ombak bacaan budak SPM.

Belanjawan dibentang , di debat dan diluluskan. Jumlah duit beratusjuta. Exco semuanya orang PAS yang sudah menanti 30 tahun untuk melaksanakan Islam di Terengganu. Berjuta juta untuk orang miskin , berjuta juta lagi untuk memabantu pengajian anak anak , arak di haram , orang bukan Islam dilindungi , berjuta lagi untuk nelayan petani, berjuta lagi untuk menolak single parent. Cuba bayangkan betapa banyak nya yang boleh dibuat dengan duit rakyat dengan secara berkesan. Kalau dulu , 10 juta untuk renovate office , 10 juta lagi untuk pesta pesta , 19 juta untuk y2k dan berjuta juta untuk bekalan tambahan , bekalan tambahan.

Inilah penting nya mengmbil alih kuasa politik. Cuba bayang angka yang disebut dalam belanjawan negara. Billion untuk istana mahazalim , billion untuk tolong syarikat kroni , billion untuk menara kosong yang 30 persen untuk anak mahazalim. Makan billion brother. Billion ini kalau BA perintah kita boleh tolong orang miskin , stabilkan bahan makanan , bagi biasiswa dll.

Satu perkara yang menarik ialah kehebatan Ustaz Hadi Awang YAB Menteri Besar Trg. Apabila diejek ejek oleh Crook BN tentang pelihara babi , YAB dengan tegas berkata , saya tidak mereka reka perkara ini. Apa yang saya sebut adalah disebut oleh semua kitab besar syariah Islam yang mengizinkan rakyat non muslimnya memelihara babi untuk tujuan makanan mereka dengan syarat ternakan itu tidak menganggu persekitaran orang dan tanah bukan Islam atau membawa penyakit JE. Crook BN Rashid Ngah terlopong . Mana tak terlopong , orang sastera teks tingkatan 5 ,mana baca buku syariah mawardi dll.

Tentang Kharaj , seorang lagi Crook BN mengatakan zalim keatas non muslim dan mendesak agar PAS memberi dateline. Trick nya boleh lah dia ungkit bila dateline berlalu.Pemerhati pun boleh kesan trick ini kan DUN Pas. YAB jawab, Islam tidak membenarkan cukai dua kali sepertimana Islam tidak membenar zakat dua kali. Oleh kerana pusat cuba menyusahkan negeri dengan tidak bersunggnuh menolong dalam hal mengelak cukai dua kali maka negeri akan meneliti dengan halus perkara ini supaya tidak berlaku kezaliman terhadap orang non muslim.Tujuan kharaj ialah untuk keadilan dimana orang islam membayar zakat mengganti cukai tanah yang di lepaskan maka orang non muslim mesti juga ada unsur unsur contribution kepada state dalam bentuk kharaj. Bila dengar penjelasan ini sekali lagi terduduk crook bn.

Saya melihat trend sekarang , Crook BN local dan Crook BN national Mahazalim cuba dan mendesak kerajaan negeri commited pada perkara yang menyebabkan meningkat liablity state. Ini amat bahaya.Oleh Itu piha BA perlu berwaspada samaada untuk menerima tugas mensubsidi tol atau lebuhraya.

Mat Observer
Terengganu