Setelah mereka diperbodoh-bodohkan oleh MCA dan Gerakan dengan 'Opera Cina'nya berkaitan 'Isu Ketua Menteri Pulau Pinang', kini UMNO Baru dan balaci-balacinya pula cuba meniru tektik parti-parti kroninya itu dengan bermain 'Wayang Kulit' untuk mengabui mata rakyat. Empat pertubuhan penjilat Mahafiraun iaitu MTUC, FOMCA, MBM dan CUEPACS kini cuba menonjolkan identiti mereka sebagai pembela masyarakat untuk 'counter-attack' apa yang dikatakan
fenomena kenaikan harga barangan di pasaran menjelang sambutan berturutan 3 perayaan besar di Malaysia dengan pelakon-pelakon utamanya terdiri dari Zainal Rampak, Hamdan Adnan dan Muhyiddin Yassin.
Realitinya, harga barangan dan perkhidmatan di pasaran Malaysia saban masa mengalami kenaikan harga sedikit demi sedikit tanpa disedari oleh para pengguna. Hanya apabila menjelang sesuatu perayaan di mana wujud situasi sejumlah besar pengguna memerlukan sesuatu barangan atau perkhidmatan, barulah impak kenaikan tersebut disedari secara meluas apabila seluruh pengguna di Malaysia mengetahui bahawa kuasa wang dan kuasa beli mereka selama ini telah jatuh merosot berbanding pendapatan wang dan pendapatan sebenar mereka. Oleh itu kepada pelakon-pelakon utama 'Wayang Kulit' UMNO Baru iaitu Zainal Rampak, Hamdan Adnan dan Muhyiddin Yassin, usahlah cuba 'menangguk di air keroh' dalam menjelang hari perayaan ini! Dulu bolehlah kalian mengelirukan rakyat Malaysia terutamanya masyarakat Melayu dengan aksi-aksi wayang kulit dan lawak bodoh tersebut. Tetapi di era IT dan menjelang alaf baru ini, rakyat Malaysia amnya dan masyarakat Melayu khasnya tidak akan tertipu kerana mata hati mereka telah dapat melihat 'kroni
disebalik Mahafiraun (bukan udang si sebalik batu)' segala lakonan dan sandiwara kalian, wahai para penjilat Mahafiraun.
Buat Zainal Rampak dan Hamdan Adnan, daripada kalian sibuk-sibuk mencari publisiti murah dengan berlagak 'hero' di mata rakyat untuk memboikot penjualan ayam, lebih baiklah kalian memboikot Mahafiraun. Persoalannya beranikah kedua-dua Badut ini melakukannya? Tidak sekali-kali!! Diherdik saja oleh si Mahafiraun, "Nanti beta lucutkan 'Senator' hang!", terkedulah
si Zainal Rampak. Begitu juga si Hamdan Adnan, akan terbisulah apabila si Mahafiraun menyergah, "nanti beta tarik balik 'Datuk' hang tu!". Ibarat kanak-kanak diberi seringgit-dua oleh si ayah, maka akan terdiamlah mereka dari merengek-rengek dan menangis.
Pesanan buat rakyat Malaysia, jika benda di depan mata sendiripun seperti masalah penjualan berleluasa video-video dan CD-CD lucah di Petaling Street, Kuala Lumpur pun tidak dapat diselesaikan, usahlah diharap kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna untuk mengawal harga di pasaran selagi kementerian tersebut di bawah naungan 'Dacing
Senget'. Usahlah diberi alasan 'kununnya' keadaan pasaran yang luas menyebabkan penguatkuasaan sukar dijalankan, wahai Muhyiddin Yassin! Bak kata pepatah Melayu, 'nak seribu daya, tak nak seribu dalih'.
Sebenarnya, seperti menteri-menteri terdahulu iaitu Abu Hassan Omar dan Megat Junid, si Muhyiddin Yassin ini tiada apa bezanya. Umum telah mengetahui 'track records' si anak Ustaz Yassin ini, terutama ketika menjadi Menteri Besar Johor dulu. Jika ketika menjadi MB, dia boleh 'intim' dengan towkeh-towkeh pelabur asing dalam 'melelong' Negeri Johor, masakan setelah menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri ini, Muhyiddin tidak boleh 'kamcing' dengan towkeh- towkeh yang lain pula???
Akhir sekali, kepada masyarakat Melayu di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor (Kepada Penyokong Barisan Alternatif, Sila Abaikan Notis Ini) yang darah masing-masing 'Pekat Biru', tahniah diucapkan kerana kalian redha menyambut Hariraya yang bakal menjelang dengan harga di pasaran yang melambung naik, iyelah demi untuk memulihkan ekonomi Mahafiraun dan kroni-kroninya, kalian haruslah berkorban. Namun begitu, jika ada di antara kalian yang masih menghadapi masalah kewangan akibat tekanan inflasi ini, usahlah mempromosikan diri kalian untuk mendapatkan bantuan orangramai di Utusan Meloya dan Berita Hairan kerana akhbar- akhbar tidak relevan tersebut sudah tiada lagi peminatnya. Satu nasihat yang wajar anda lakukan ialah pandang dan lihatlah saja gambar Mahafiraun dengan 'Dacing Senget' dan 'Keris Telanjang Berkarat'nya, pasti kalian akan kenyang di pagi raya kelak
.
Wallahualam.