Kedah 22 Jan 2K : Sdr. Azmi bin Abdullah seorang pegawai kastam di Alor Setar telah ditukarkan ke Pulau Pinang atas alasan bergiat aktif dalam politik. Beliau memegang jawatan sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Pokok Sena juga Exco Dewan Pemuda Pas negeri Kedah. Pertukarannya adalah diatas laporan yang dikemukakan oleh Pemangku Ketua Ketua Pemuda UMNO bahagian Pokok Sena kepada menteri sebelum pilihanraya berjalan. Azmi merupakan seorang aktivis PAS yang gigih berceramah menyedarkan masyarakat tentang kezaliman dan penyelewengan BN. Ucapannya mirip YAB Tuan Guru Haji Hadi amat berkesan kepada pendengar.
Beliau telah cuba membuat rayuan pertukarannya memandangkan persekolahan anak-anak-anaknya. Namun pegawai di Ibu pejabat Kastam KL menjelaskan tindakan terhadapnya adalah arahan pihak atasan. Beliau meminta agar ditukarkan dalam negeri Kedah juga namun pegawai tersebut mengatakan pihak atasan tidak mahu beliau berada dalam negeri kedah.
Ulasan :
1. Betapa zalimnya pegawai dan pihak atasan yang diketuai oleh BN .
a. alasan masalah anak-anak adalah masalah Sdr. Azmi sahaja merupakan satu anggapan yang tidak berhati perut. Kita bekerja selain dari berbakti kepada negara, makan minum sakit susah anak-anak juga perlu difikirkan. Inilah bila yang memerintah itu tidak ada sikap prihatin kepada pegawai yang bertugas. Kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu bagi cuti tiap Sabtu sebab ingin eratkan jalinan kekeluargaan. Hari sabtu hari keluarga. Tapi BN mana ada sikap jaga pegawai sendiri ? Menzalimi dan menindas pegawai adalah budaya BN.
2. Betapa bangang dan bahlolnya pegawai dan pihak atasan yang diketuai oleh BN .
a. Tidak dapat membezakan mana jawatan lantikan politik dengan jawatan awam.Jawatan pegawai kastam bukan jawatan politik. Lalu kenapa perlu ditukarkan. Kalau macam UPU di Terengganu tu wajar lah.
b. yang bertukar itu tetap Sdr. Azmi juga yang pastinya akan lebih gigih bergerak membantu pemuda PAS Pulau pinang. Lepas tu agak-agak nak tukar pi mana pulak ?
c. Akan pening kepala UMNO Pulau pinang .Pemuda PAS Pulau pinang amat mengalu-alukan tenaga baru yang pastinya akan memberi suntikan semangat dan gerakerja memenangkan Pas Pulau Pinang seperti Parlimen Pokok Sena di mana Sdr. Azmi sebagai ketua Pemuda PAS kawasan tersebut.
3. Bagi Azmi inilah liku-liku perjuangan yang dilaluinya. Pastinya menambahkan keyakinannya bahawa BN memang zalim. Tiada kompromi dan tolak ansur terhadap BN dan UMNO. Kezaliman yang dirasainya akan memastikan tiap detik masa hidupnya akan digunakan untuk menjatuhkan BN .
4. Bagi kita ; dah lama BN dan UMNO tu zalim . Cuma yang tak sedar dan tak mau sedar saja yang dok syok dengan BN dan UMNO. Oleh itu sedarkan yang tak sedar lagi dan insafkan yang tak mau sedar .
Berita dan ulasan oleh:
Cikgu Kedah