Pada hari perjumpaan dengan JKKK di Gong Badak Kuala Terengganu pada hari Sabtu 21/Okt/2000 bersama Timbalan Pengkerusi UMNO Trg.. Idris Jusuh, maka berlakulah satu peristiwa yang saya kira sangat biadap, tak bertamadun dan kurang siuman.
Semasa, majlis taklimat dan perbincangan cara-cara nak menjalankan urusan JPP dan Parti yang digabungkan bersama, maka timbullah satu persoalan tentang Gambar YAB. Menteri Besar Terengganu (baru- Tuan Guru) yang tergantung di dinding Dewan.
Salah seorang JKKK bertanya, bangunan Institut Latihan Perindustrian ini milik siapa? dan kenapa gambar MB Terengganu di gantung di dinding dewannya. Maka Idris Jusuh pun beritahu bahawa bangunan ILP milik persekutuan, maka sekiranya ade tangga, bolehlah ia diturunkan.
Tak semena-mena, keluarlah seorang Hamba Syaitan yg tak bertamadun, menghayun sebuah kerusi ke arah gambar tersebut. Lalu pecah dan jatuh berkecai...
Semua yang hadir...bersorak...naik semangat... Idris Jusuh..terpaku seketika... barangkali tergaman dengar perangai hantu raya orang-orang UMNO itu.
Munasabah sungguh UMNO kalah, inilah generasi UMNO didikan Ulama Terengganu yang dahulu. Munasabah sungguh projek-projek pun dia dulu yang sapu..kerana...kepala hotak letak di kaki. Syaitan dan nafsu jadi... panduan.
Maka, Idris Jusuh pun..memberi nasihat...supaya di lain masa jangan buat kerja bodoh macam tu lagi... masing-masing tunjuk muka kerang busuk...
Saya rasa sedih dengan kejadian ini.... biarpun orang UMNO jahil tentang akhlak dan budi perkerti, biarlah tahu bahasa sedikit untuk menghormati kuasa dan pilihan rakyat.Hormatlah sikit...bahawa walaupun secebis tanah di atas muka bumi TRg ini..ia perlu tunduk dan menghormati YAB MB. Duit royalti yang sepatutnya dirasai oleh semua rakyat Terengganu kini telah dijadikan sumber untuk membayar gaji kamu sekelian...adakah ia halal untuk kamu? Sedangkan Petronas sudah berjanji dengan kerajaan negeri.. Adakah kamu juga bersubahat dengan orang-orang yang mungkir janji...maka dari sini dapatlah kita katakan bahawa..syaitan dan iblis memenuhi majlis-majlis mereka yang bersekutu dan sehaluan dengan jalan-jalan mereka.. sehinggakan tindakan mereka pun samalah dengan suruhan syaitan... sebab itu wahai anak cucu Adam...jagalah sumber pendapatan kamu...cek dulu sumbernya...halal ke haram ke.. harta benar ke..harta rampasan...kerana ia akan jadi darah daging kamu sekelian...
Abe Man,
Teganung Kite