BERSEMPENA DENGAN " PERHIMPUNAN KEMBALIKAN HAK RAKYAT " SATU PROGRAM
Konvoi Rakyat Hulu Selangor AKAN DIADAKAN.
ATURCARA :
1000 pagi: Konvoi Bertolak Dari Hulu Bernam (Berkumpul di
Stesyen Minyak Shell)
1015 pagi: Kalumpang (Berkumpul dihadapan Pusat Kesihatan Kecil)
1030 pagi: Kerling (Berkumpul dihadapan Stesyen Minyak)
1045 pagi: Kuala Kubu Baru (Berkumpul berhampiran Spg. Tiga
Utama)
1100 pagi: Rasa (Berkumpul dihadapan Spg. Kampung Melayu)
1115 pagi: Batang Kali (Berkumpul dihadapan Pejabat PAS Kawasan)
1130 pagi: Serendah (Berkumpul di Stesyen Minyak Caltex)
1145 pagi: Konvoi Tiba Di Pejabat Bahagian keADILan Hulu
Selangor, Bandar Baru Bukit Sentosa, Rawang, Selangor.
1200 pagi: Taklimat Dari Ketua Bahagian keADILan Hulu Selangor
1210 pagi: Upacara Penyerahan Bendera keADILan kepada peserta
Konvoi Rakyat, Oleh Ketua Pemuda keADIlan Bahagian Hulu Selangor
1220 pagi: Bacaan Doa oleh Naib Ketua Pemuda Bahagian keADILan
Hulu Selangor
1230 pagi: Pelepasan peserta Konvoi Rakyat oleh Ketua Bahagian
keADILan Hulu Selangor
CATATAN :
Konvoi Rakyat dari Hulu Selangor akan disertai oleh semua penyokong
Barisan Alternatif [ Pas, Dap, PRM, keADILan] dan juga NGO
Penyokong Barisan Alternatif sekitar Sg. Tengi, Gedangsa, Gesir,
Selisek dan sekitarnya yang ingin menyertai Konvoi Rakyat ini sila
berada di Hulu Bernam sebelum jam 1000 pagi
Bagi yang menggunakan Lebuhraya Utara Selatan, sila keluar ke Plaza
Tol Bukit Beruntung dan berkumpul di kawasan Pejabat Bahagian
keADILan Hulu Selangor, yang terletak di Bandar Baru Bukit Sentosa.
6 Kumpulan Peninjau akan berlepas terlebih dahulu mengikut laluan
tertentu
Konvoi Rakyat akan melalui laluan yang akan diberitahu kemudian
berdasarkan maklum balas dari Kumpulan Peninjau. Sebarang perubahan
laluan akan diberitahu kepada Sub Ketua melalui "walkie talkie". Kata
jodoh "Gudang Garam Hitam" akan bertukar.
Konvoi Rakyat dari Bahagian Hulu Selangor akan bergabung dengan
Konvoi Rakyat dari Bahagian Selayang. Kata jodoh "Pasar Borong"
bertukar, akan diberitahu melalui "walkie talkie".
Konvoi Rakyat akan berhenti untuk solat Zohor di tempat yang akan
diberitahu kelak.
Bagi yang mempunyai Bendera Barisan Alternatif sila bawa bersama.
Pelekat dan poster akan diedarkan, sila tampal pada kenderaan
masing-masing sebelum Konvoi Rakyat berlepas.
Sub Ketua boleh mendapatkan keterangan dan arahan lanjut melalui
laman http://pkn.huluselangor.tripod.com Sila masukkan katalaluan
yang diberikan. Links tidak berubah.