Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Islam moden dan Islam Traditional

Artikel 'Perkelahian Nik Aziz Vs Mohd Khir: bukan setakat .....' oleh Salman Madani menarik perhatian saya. Bukan setakat perkelahian itu, tetapi definisi baru terhadap islam. Definisi yang diberi oleh Salman iaitu Islam Moden dan Islam tradisional. Macam ubat moden ubat tradisional lak. Setahu saya agama kristian je yang ada pola semacam ini.

Saya kurang pasti bagaimana Salman mendefinisikan Islam itu. Dan sebelum kita menghukum beliau, diharap beliau dapat menjawab beberapa persoalan di bawah.

1. Apakah definisi saudara terhadap Islam Moden dan Islam tradisional?

2. Bagaimana Islam Moden dan Islam Traditional wujud?

3. Apakah perbezaan antara ke dua-dua jenis Islam ini?

4. Traditional dan moden hadir mengikut peredaran zaman. Ketika ini adalah zaman era IT atau cyber. Adakah Islam yang akan datang dipanggil Islam Cyber?

5. Apakah sumber hujah Salman bagi semua jawaban di atas?

6. Islam manakah yang saudara anuti?

Saya kira ramai lagi peminat web ini yang mempunyai pelbagai persoalan lain. Maka eloklah kiranya jika semua persoalan itu dikemukakan di sini. Bukan setakat persoalan, tetapi juga pendapat lain.

terima kasih.

akmal_aura


        
Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com