Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Respon artikal antara kasar dan lembut dalam dakwah?


From: kamil <******@tm.net.my>
To: alimuda@hotmoil.com
Subject: antara kasar dan lembut dalam dakwah?
Date: Fri, 11 Aug 2000 21:57:30 +0800

saudara,
sebelum saudara tulis ni, saudara dah sembahyang sunat dua rakaat minta petunjuk? rasanya ada hati yang terluka kerana tulisan begini

insan kamil

Assalamualaikum sdr,

saya tak tahu kenapa e-mel sdr ambil masa hampir 3 bulan baru sampai ke dlm inbox saya. Apa salahnya tulisan saya ttg 'Hikmah dlm dakwah: antara berlembut dan berkasar' tu? Bukankah saya berhujah dgn al-Quran dan hadis sahih? Apa lagi pegangan kita umat Islam kalau tak al-Quran dan hadis sahih? Apakah sdr lebih yakin ucapan2 pemimpin atau 'ulama' ampu pemimpin yg membaca sebahagian ayat al-Quran dan hadis, dan menyepi drp sebahagian yg lain? Apakah sdr terkejut kerana baru tahu bahawa dlm Islam ada umpatan atau makian yg harus?

Di sini saya nak tambah sebuah hadis lagi yg menunjukkan Nabi s.a.w. memaki seorg hamba Allah yg bercakap lucah.

Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada `Aisyah dan Ummu Salamah radhiAllahu `an huma bahawa seorang mukhannas (pondan) telah bertandang ke rumah isteri baginda Ummu Salamah (beliau menganggap pondan termasuk dalam perkiraan lelaki yg tidak bernafsu terhadap wanita) dan bersama Ummu Salamah ada seorang saudara lelakinya bernama Abdullah. Antara perkara yg dicakapkan oleh pondan itu ialah: "Wahai Abdullah, sekiranya Allah membukakan untuk kamu bumi Taif nanti, engkau ambillah perempuan Bani Ghaylan, mereka (sungguh istimewa), cara berdepan empat (dirham/dinar- perawi tidak sebutkan matawangnya), cara belakang lapan (dirham/dinar)" Apabila Nabi s.a.w. mendengar perbualan itu, baginda segera keluar dan berkata kepada si pondan itu: "Hai musuh Allah!!! Engkau telah melihat perbuatan mereka itu (atau engkau telah melakukannya)? Pergi kau dari sini!!" Bermula hari itu baginda tidak membenarkan Ummu Salamah melayan kedatangan pondan itu lagi.

Begitulah sikap Nabi s.a.w. apabila mendengar satu kemungkaran diucapkan, dengan memanggil orang itu sebagai musuh Alah (hanya syaitan dan orang kafir yg memerangi Islam dikira musuh Allah). demikian hikmah yg baginda tunjukkan dlm berdakwah, ada masa berlembut dan ada masa berkasar.

Cuba sdr lihat apa yg dilakukan terhadap seorang artis yang terang2 bercakap lucah dan berfantasi seks secara terbuka. Tiada apa tindakan yang diambil terhadapnya, sedangkan selama ini merekalah yang menjaja kononnya Datuk Nik Aziz membenarkan mencarut (dengan mengubah maksud asal ucapannya). Lebih memalukan dan menampakkan hipokrit lagi apabila seorang kolumnis terkenal akhbar harian perdana menulis komentarnya yang bertajuk "Apa salahnya Ning berfantasi?".

Jadi kita nampak sikap hipokritnya itu, dialah yang mengatakan ulama yang ikhlas sebagai ulama fasik, kononnya nak menegakkan kebenaran. hah kebenaran apa ini, menggalakkan fantasi seks terbuka begitu. Islam mengharamkan seorang suami atau isteri bercerita tentang seks dengan pasangannya kepada orang lain (walaupun hubungan suami isteri itu halal) dan Nabi s.a.w. menyifatkan itu sebagai perbuatan syaitan. Si artis itu bercerita tentang khayalan seks haram dengan lima lelaki dalam satu masa, bukankah ini lebih daripada perbuatan syaitan?

Jadi sdr jangan terkejutlah bila saya keluarkan nas yang menunjukkan ketegasan Nabi s.a.w. terhadap kemungkaran. Kita perlu terbuka dan beriman dgn semua nas yang sahih, kita mesti menolak semua pendirian yang bercanggah dgn al-Quran dan hadis sahih, barulah kita dikira benar2 beriman.

Tentang persoalan ada yang berkecil hati dgn tulisan itu, Nabi s.a.w. pun terpaksa mengetepikan rasa hati orang2 yg ingkar apabila tiba masa kebenaran perlu ditegakkan. Biarkan orang berkecil hati, asalkan Allah redha pada kita.

Solat sunat istikharah dilakukan apabila kita teragak-agak untuk melakukan sesuatu. Saya tidak teragak-agak lagi bila saya terjumpa dengan nas2 yg sahih. Mengapa bertanya sama ada saya sudah bersolat dua rakaat sebelum menulis rencana itu?

Sekian, wassalam

Ali Muda


        
Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com