Oleh : Ibn Andalus
Manusia harus memandang pada satu arah iaitu kekuatan mata wang, sebagaimana
yang dilambangkan oleh mata wang satu dolar Amerika - novus ordo seclorum .
Seluruh struktur perekonomian global telah dikuasai oleh kaum Iluminasi @
Freemason @ Al-Masuniyyah { Iluminasi diertikan sebagai penerangan
(enlightenment) - Freemason : Free iaitu bebas , Mason iaitu aliran kebatinan ,
secara umumnya definasi Freemason iaitu Aliran Kebatinan Bebas atau Penyembah
Setan } ,World Bank dan IMF yang telah menjadi "Dewa Luficer" { pembawa cahaya,
bintang pagi dan kesempurnaan, penuh dengan kebijaksanaan, sempurna dalam
kecantikan dan membimbing manusia menuju kesempurnaan sejati. Menyeru umat
manusia di muka bumi ini menyembah bintang berlambang '666' untuk menuju
millenium baru dan membawa misi iaitu 'satu dunia baru' - novus ordo seclorum }
yang akan menyelamatkan manusia sekaligus menguasainya .
Prof. J.S.Malan , seorang ahli ekonomi dari Universiti Sao Paolo mengatakan :
" Setiap bangsa akan menanggung hutang yang berat dan mereka tidak akan mampu
membayarnya sehingga mereka menjadi budak yang setia dan patuh terhadap
perintah. Kekuatan IMF sangat absolut sehingga tidak akan ada satu negara pun
yang mampu mendapatkan satu sen pun, kecuali atas persetujuan atau arahan IMF. "
Kekuasaan IMF adalah berpunca dari tangan gerakan Zionis yang merupakan
perwujudan dari perintah Tuhan " Orang kaya menguasai orang miskin yang
berhutang menjadi budak dari yang menghutang " ( Amsal 22:7 )
" Mereka harus menguasai seluruh ladang kerana terlalu kelaparan yang
ditanggung bangsa di muka bumi.Kaum Zionis akan menjadikan seluruh bangsa
merangkak dan mengemis kepada kekuasaannya. " ( Kejadian 47:13-20)
Sikap tamak dan memakan harta secara batil ini telah diingatkan Allah SWT
kepada orang-orang beriman agar tidak mencontoh dan mengikuti sikap kaum Yahudi
dan Nasrani, sebagaimana firman-Nya dalam surah At-Taubah : 34
" Wahai orang-orang beriman , sesungguhnya sebahagian besar dari orang-orang
alim Yahudi dan rahib-rahib Nasrani benar-benar memakan harta orang denagn jalan
yang batil dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah .... "
Berkaitan dengan ayat tersebut, orang-orang alim Yahudi atau Ahbar adalah orang
yang mempunyai pengetahuan dalam urusan tertentu iaitu para Esekutif Yahudi yang
telah "memakan" seluruh kekuatan ekonomi dunia untuk kepentingan misi zionisme
mereka, seraya menjadikan dana yang mereka kumpulkan untuk menghalang orang
beriman menegakan hukum dan syariat yang telah ditetapkan Allah SWT.
Mereka yang dikategorikan sebagai Ahbar tersebut telah hidup lamanya sebelum
kedatangan Nabi Muhammad SAW. Sebuah kaum Jahiliyah dari kalangan Ahli Kitab
yang sangat tercela dan kemudian di kembangkan dari generasi ke generasi
berikutnya.
Untuk menguatkan fakta-fakta ini, peristiwa yang luput dari pengetahuan umat
Islam selama ini, iaitu peristiwa Hari Kemerdekaan Amerika Starikat iaitu 4
Julai.
Pada saat itu dibentuk panitia untuk membuat mata wang Amerika (dolar) yang
terdiri dari : Benyamin Franklin, Thomas Jefferson, John Adam dan Pierre du
Simitiere yang semuanya adalah para anggota Iluminasi @ Freemason tingkat ke 33.
Bahkan Thomas Jefferson adalah pengikut mistik agama Desime yang menjadi pelopor
lahirnya pemikiran unitarian-universalist.
Pada saat itu, pemikiran Adam Weishaupt serta bukunya Novus Ordo Seclorum telah
merasuki seluruh jiwa para anggota Freemason. Sebagai penghargaan kepada Adam
Weishaupt seorang tokoh central zionis , maka mereka menyepakati bahawa lambang
satu dolar Amerika memakai simbol-simbol dari Iluminasi dan mencantumkan nama
judul buku Weishaupt tersebut sebagai motto pada wang dolar Amerika.
Mereka tidak memilih mata wang dalam bentuk pecahan lima, sepuluh atau dua
puluh kerana pecahan satu dolar mewakili pemikiran "satu dunia baru ". Itulah
sebabnya pada pecahan satu dolar tersebut sarat dengan falsafah Iluminasi.
Prof. J.S.Malan dalam tulisannya, New Age Reforms :
" Seluruh sumber daya alam dunia seperti monitor dan industri harus dikontrol
sepenuhnya oleh "pemerintahan dunia" kerana dengan cara seperti ini, sistem
persamaan ekonomi serta kesejahteraan dunia dapat dilaksanakan serta dinikmati
secara merata. Seluruh dunia hanya mempunyai satu sistem monitor yang
pengawasanya di bawah satu badan yang tersentralisasi. Dengan cara sepertii ini
memungkinkan "pemerintahan dunia" menjalankan kebijaksanaannya untuk
mengendalikan seluruh negara dan rakyat ."
Dunia harus "tunduk" dan "menyembah" kepada dolar sebagai medium untuk
mendapatkan kurnia dari Tuhan (Setan) Lucifer. Mereka yang mendapat limpahan
dolar akan mampu menjadi manusia unggul. Mereka yang mengusai dolar juga - di
bidang ekonomi - adalah mereka yang menguasai dunia.
Seluruh Lembaga Kewangan Internasional yang telah dirintis oleh Mayer Rothchild
harus menunjukkan keperkasaanya dalam bidang kewangan. Pemilikan saham
perbankan, mutinasional dan teknologi termasuk mikrochip harus dimiliki secara
majorati oleh persaudaraan anggota Freemason @ Iluminasi.
Pakar Teologi Protestan Amerika, Batt Robertson, mengatakan bahawa lambang yang
ada pada lembaran wang Dolar Amerika itu sama sekali tidak berhubung dengan
kemerdekaan Amerika .
Beliau menyatakan lagi bahawa yang merancang atau mereka cop tersebut pada wang
Dolar Amerika itu adalah seorang bernama Charles Thompson, anggota Kongres dan
seorang penganut Iluminasi @ Freemason @ Masuniyyah tulen.
Pean Happies menulis sebuah buku berjudul ' Jalan Menuju Dunia Diktator Yahudi
' mengatakan bahawa Dolar Amerika adalah murni mata wang Zionis Israel kerana
tidaklah aneh kalau Raja Zionis meletakan copnya pada mata wang Amerika itu.
Dengan begitu , ia memerintah dunia di bawah slogan " Tata Dunia Baru ".
Sebelum itu pada 1848, Menteri Kehakiman Perancis seorang keturunan asli Yahudi
, anggota elit kelompok Masuniyyah tingkat ke 33 dan salah seorang tokoh Gerakan
Puak Yahudi Sedunia menulis :
" Hari inii telah dekat masanya , ketika Orchalma menjadi rumah sembahyang
(bait as-solah). Di sini akan berkibar satu-satunya bendera Israel ,bendera
Tuhan dan akan naik di atas pantai-pantai yang sangat jauh .Tidak mungkin orang
Yhudi menjadi teman bagi orang Masihi atau Kristian atau Muslim sebelum
memancarkan sinar keimanan dan satu-satunya agama rasional, yang masa
kedatangannya ke dunia ini telah dekat. Inilah syarat kehadirannya yang terdpat
pada lembaran wang Dolar Amerika . Ia memancarkan cahaya pada setiap orang yang
membawa wang itu untuk mendapatkan kesenangan dengan lahirnya " Tata Dunia Baru
" yang menandakan kembalinya sang Juru Selamat " .
GAMBARAN SATU DOLAR U.S
1. Piramid : Lambang Firuan / Piramid Gaza, Menara Babil, Hierarki Kekuasaan.
Jumlah bata pada
Piramid adalah 13 baris ( the lucky number ) yang
terdiri dari 72 bata.
2. Satu Mata : Menunjukan pengendalian dunia di bawah pengawasan mata Tuhan (the
eye of Lucifer).
Menurut pendapat Batt Robertson : adalah cahaya atau
mata Tuhan orang Mesir Kuno
(Osiris),Tuhan yang selalu mereka kunjugi di sela-sela
pertemuan rahsia yang diadakan
para penganut Masuniyyah. Jeneral William J.Car dari
Amerika menjelaskan bahawa
cahaya atau mata yang ada di atas piramid itu
memancarkan cahaya ke segala penjuru
arah, yang mengisyaratkan perwakilan perisikan dan
penindasan seperti Gestapo yang
didirikan oleh Weishaupt di bawah lambang persaudaraan
dengan tujuan menjaga rahsia
organisasi dan memaksa manusia tunduk kepada
undang-undang organisasi melalui
penindasan .
3.Annuit Coeptis : Limpahan kurnia ( favour our daring undertaking ). Dua kata
yang tertera di baha-
gian atas lambang itu yang b ermakna "
Sesungguhnya kepentingan kita sarat dengan
pelbagai keberhasilan ". Ia juga bererti "
Kejayaan Milik Kita " atau " Kepentingan
Penuh Keberhasilan " atau " Yang Agung Yang
Beraja " atau juga bererti " Raja
Istimewa " atau " Penutup (Segel) Orang Mesir ".
Makna-makna seperti itulah yang
Dimaksud oleh kata-kata yang ada pada lembaran
wang Dolar Amerika itu yakni
" Segel Terbesar Milik Raja Istimewa " yang
menentukan asal usul ketinggian dan
pengaruh yang membentuk keperibadiannya itu dan
dikembalikan ke negeri Mesir
yang diakui oleh Dajjal sebagai permata di muka
bumi ini . 2 kata tersebut juga boleh
ditemui dalam bahasa Perancis Le grand Coptis
yang bererti orang Qibti terbesar.
Sementara itu, al-Qibti adalah "orang mesir" dan
bukan orang kristian. Anneoun juga
Bererti Lingkaran atau al-Khatam bermakna segel.
Segel itu adalah segel Dajjal yang
Mengaku dirinya sebagai dukun terbesar (dari
keturunan) Mesir .
4. Novus Ordo Seclorum : Secara harfiah bermakna " Tata Dunia Baru " atau " Tata
Masyarakat Baru ".
Pemikiran dan nama sebuah buku
terkenal karangan Adam Weishaupt. Buku
Yang berisi konsep-konsep,doktrin
serta teori tentang pemikiran global.
Selesai disiapkan pada tanggal 1
Mei 1776 iaitu Hari Perayaan Komunis di
seluruh dunia. Salah satu hal yang
harus dicatat ialah bahawa lambang ini di-
buat atas dasar Ideologi Masuniyyah
@ Freemason sesudah bergabungnya
organisasi ini dengan organisasi
Nurainiyyah selepas diadakanya Muktamar
Filmsbad pada 1782 .
5.The Great Seal : Bahagian bawah bertulisan Inggeris yang bermaksud Mohor
Terbesar .
6. In God We Trust : Bererti hanya pada Tuhan yang satu - Setan Lucifer dan
Jehovah - kita percaya .
7. ONE : Merupakan singkatan dari ordo novus empirium : pemerintahan imperialis
baru .
8. MDCCLXXVI : Tanggal yang ditulis dengan huruf-huruf roman adalah tanggal
diumumkannya
secara rasmi pembentukan organisasi Pendokong
Cahaya Syaitan. Ini adalah
perletakan asas pertama untuk secara mudah
menduduki otak dunia,bumi dan
kekayaannya. Tanggal itu bukanlah tanggal
pengumuman dokumen Kemerdekaan
Amerika .
9. Lambang Burung Phoneix : Bereti simbol kebebasan. Jumlah huruf pada annuit
coeptis adalah
13 sama dengan jumlah huruf
pada E.Pluribus Unun. Bintang di atas
burung berjumlah 13 dan
membentuk lambang bintang Daud (the star
of David). 13 daun,13 bulu
pada sayap dan 13 panah , 13 garis bendera
menjadi tameng burung.
Angka 13 itu sendiri merupakan lambang
kekuasaan empat penjuru
dunia ( Utara-Timur-Selatan-Barat ).
13 = 1+3 = 4 penjuru .
Burung helang yang ada di
dalam lembaran wag ringgit Amerika itu
Di atasnya ada bintang segi
enam adalah lambang bagi Yahudi,Israel
dan Zionis serta tanda bagi
setiap yang berhubungan dengan warisan
Ibrani atau kewujudan Nazi
Yahudi. Para penganut Masuniyyah men-
yebut bintang itu sebagai "
Baju Besi Nabi Daud " ( Dira' Daud ).
Menurut mereka ,Nabi
Sulaiman mewarisi baju besi itu. Dalam pand-
gan orang-orang Yahudi,
bintang itu mengisyaratkan 2 mata pada baha-
gian dalam 2 segitiga. Dan
sisi dari masing-masing mata segitiga adalah
sama.Menurut dakwaan
orang-orang Yahudi, Nabi Sulaiman telah men-
unjukkan perhatian kepada
segitiga itu, sebagaimana halnya jika segitiga
itu adalah " Mata Allah ".
Pada akhirnya nanti,mata dan segitiga tersebut
menjadi " Lambang Allah "
sendiri. Begitulah alasan dan dasar orang-
orang Yahudi dan para
penganut Masuniyyah mendewakan lambang itu.
Setengah pendapat : 13 adalah keturunan atau suku Yahudi, putera-putera Nabi
Yaakub . Namun putera-putera Nabi Yaakub seramai 12. Mereka disebut juga
Asbat,suku Nabi Ishaq dan Nabi Ibrahim. Asbat adalah cabang keturunan Bani
Israel Yahudi sebagaimana halnya kabilah-kabilah Arab adalah keturunan Nabi
Ismail . Firman Allah , surah al-A'raf :160 :
" Dan mereka Kami bagi menjadi 12 suku yang masing-masing berjumlah besar .....
"
Dari manakah satu lagi angka bagi melengkapi jumlah 13 itu ? Mereka yang ke 13
adalah Yahudi Khazar yang melarikan diri. Seorang penulis Yahudi, Arts Kistler (
mati 1983 ) , seorang sarjana yang tiada tandingannya di kalangan Yahudi
mengatakan bahawa Yahudi Khazar inilah kabilah ke 13. Kistler dalam bukunya '
The Thirteenth Tribe ' : " Majorati kaum Yahudi sekarang ini bukan berasal dari
12 kabilah keturunan Nabi Yaakub sebagaimana kisah tentang mereka dalam Al-Quran
dan Taurat. Bahkan mereka itu telah menyimpang dari kabilah Khazar, kabilah ke
13. Keturunan mereka ini bertebaran di seluruh negara Eropah Timur khususnya
Poland,Hungary dan Russia. Ertinya mereka bukan berasal dari Palestine tetapi
dari Kaukas dan Asia Tengah.
Pengakuan Prof. Abraham Bolyake, Yahudi keturunan Russia : " Yahudi yang ada
sekarang ini datang dari Khazar, suku ke 13. Bahkan beliau dengan
terang-terangnya menyerang pendapat yang mengatakan bahawa orang-orang Yahudi
sekarang adalah perlarian dari kabilah yang konsisten pada Taurat ( Al-Qabilah
At-Tauratiyyah ) .
Genggaman burung helang yang kuat di atas lembaran wag dolar Amerika merupakan
lambang genggaman, cengkaman dan kekuasaan Dajjal yang dikutuk Allah. Angka ke
13 merupakan lambang yang sangat jelas bagi setiap orang yang mengerti bahawa
itu adalah lambang asal usul Yahudi.
Segala sesuatu yang tertulis dalam lembaran wang satu Dolar Amerika itu
menguatkan bukti nyata yang dikemukakannya. Demikian pula masalah air yang
diliputi oleh piramid. Itulah air pada Segel Dajjal yang dipergunakan untuk
protokol dan surat-surat rasminya.
Sesungguhnya , Manusia Iblis ini telah lama mengisytiharkan atau memperkenalkan
ehwal dirinya sendiri secara diam-diam. Dan yang demikian itu akan disusul
pengumuman rasminya ketika ada kesempatan yang tepat untuk melakukannya. Tetapi
bagaimanapun , ia akan gagal menentukannya. Firman Allah SWT :
" Dan kamu tidak dapat menghendaki ( menempuh jalan itu ) kecuali apabila di
kehendaki oleh Allah , Tuhan Semesta Alam ".
At-Takwir : 29
Rujukan :
1. Al-Quran dan Terjemahnya .
2. Dajjal & Simbol Setan - Drs. H. Toto Tasmara
3. Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda - Muhammad Isa Daud
4. Wang Satu Dolar U.S