Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite                             


Pemuda UMNO Hero Taik Kucing

Sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini sehari dua ini, kita semua tidak ragu-ragu lagi bahawa Mahathir dan UMNO lah merupakan golongan makhluk yang mesti di pertanggungjawabkan. Kita tidak sekali-kali boleh memaafkan mereka yang bertindak sebagai bapa samseng jalanan menunjukkan kekuatan dengan membuli rakyat. Meskipun rakyat belum mampu untuk bertindakbalas, namun rakyat memendam rasa, menunggu masa dan detik untuk menghamburkan kemarahannya kepada iblis-iblis penjahanam agama bangsa dan negara.

Sekiranya anda menatap wajah-wajah samseng Melayu Pemuda Parti Pengkhianat Bangsa (UMNO) yang di siarkan di muka belakang majalah Roket keluaran terbaru pasti anda akan merasa malu untuk meletakkan diri anda sebagai se bangsa dengan makhluk ini. Yang pasti dia ni sebangsa dengan bapak pembohong dan penzalim Malaysia. Lagaknya sebagai hero Melayu yang tidak di iktiraf tak ubah seperti watak Wahid Satay dalam cerita Badang. Lakunannya begitu kaku sekali. Badang ini dengan beberapa panglima bapok Melayu, berpakaian ala pengantin Melayu sedang menunjukkan kemarahannya kepada seorang berbangsa China. Alahai kesian dia. Kita selalu melihat watak badot ini dalam cerita-cerita Hindustan. Hina sungguh mereka ni.

Hentikanlah lakunan kamu wahai Pemuda UMNO pengkhianat agama dan bangsa. Persekongkolan kamu dengan bapak pembohong dan penzalim sudah cukup untuk meletakkan kamu setaraf dengan najis. Usahlah kamu berpura-pura nak tunjuk sebagai hero Melayu. Orang Melayu pun meluat apatah lagi orang China di depan kamu tuu. Kamu buat-buat tak tahu bahawa kamu dan pemimpin pujaan kamulah sebenarnya yang telah pun menjual bangsa Melayu dan sedang berusaha untuk meruntuhkan agama. Apa lagi yang ada pada Melayu yang kamu nak pertahankan. Biasiswa untuk anak Melayu telah kamu hapuskan. Tanah rezab Melayu telah kamu gadaikan atau kamu sendiri bolot. Tanah-tanah Melayu di Felda telah kamu dan kroni kamu jahanamkan dengan janji nak jadikan mereka jutawan mee segera. Kemuncak dari segala pengkhianatan ini kamu dan pemimpin pujaan kamu telah menyatakan kemungkinan untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Bangsa Asing. Usahkan orang Melayu, orang Cina pun terkejut beruk dengan ucapan pemimpin pujaan kamu. Terakhir ini kamu mengkhianati pula rakyat Terengganu yang majoritinya Melayu. Ini hero apa ni?? Hero taik kucing..

Di mana suara kamu untuk mempertahankan hak orang Melayu yang sedang di rompak oleh kuncu-kuncu kamu? Sekarang orang Melayu dah tak ada apa yang mereka nak harapkan dari kamu. Mereka meluat dengan gelagat dan lakunan kamu. Setiap lakunan kamu menambahkan lagi kebencian mereka terhadap kamu. Sebenarnya mereka ini membenci kamu kerana mereka melihat kamu sebagai budak-budak suruhan si pengkhianat besar iaitu Mahathir. Pada mereka, kamu tak ada apa-apa kekuatan, tiada prinsip perjuangan selain untuk kepentingan diri dan bisnes kroni. Cukuplah tu.. lain kali jangan nak tunjuk hero lagi.. kami meluat.

HANCUR UMNO HANCUR KEZALIMAN

ANTI MUNAFIK


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com