Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite                             


SOALAN-SOALAN  DALAM  SIDANG  PARLIMEN OKTOBER  2000
 OLEH  AHLI  PARLIMEN  KEMAMAN
SDR. YB  ABD RAHMAN  BIN  YUSOF



          SOALAN-SOALAN UNTUK JAWAPAN LISAN
 

1.         Y.B. Abd Rahman bin Yusof  [Kemaman] minta Perdana Menteri menyatakan siapakah yang
      bertanggungjawab mengarahkan Petronas mencabuli perjanjian dengan Kerajaan Negeri
      Terengganu dari membayar baki royalti tidak lewat daripada 1hb. Sepetember 2000 kepada
      Kerajaan Negeri Terengganu. Atas peruntukkan kuasa apa yang membolehkan mereka
      mengarah Petronas dari membuat pembayaran tersebut.
2.         Y.B. Abd Rahman bin Yusof  [Kemaman] minta Perdana Menteri menyatakan apakah
      kerajaan bercadang untuk menubuhkan Badan Siasatan Bebas menyiasat semula pendakwaan,
      penghakiman dan penghukuman terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim yang mendapat kutukan
      seluruh dunia baik dari badan penghakiman antarabangsa, kerajaan, NGO, ulamak muktabar
      dan rakyat jelata yang mencemarkan sistem kehakiman negara.
3.         Y.B. Abd Rahman bin Yusof  [Kemaman] minta Menteri Pembangunan Usahawan
      menyatakan berapakah jumlah peruntukan yang disediakan dan jenis-jenis program yang akan
      dilaksanakan di Terengganu untuk mempertingkatkan bilangan usahawan Bumiputera
      terutamanya dari segi pinjaman, pembinaan tapak (unit) perkedaian dan bengkel dan industri
      desa.

4.         Y.B. Abd Rahman bin Yusof [Kemaman] minta Perdana Menteri menyatakan apakah
      tindakan susulan Badan Pencegah Rasuah terhadap kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi
      Balfour Beatty bahawa beliau sendiri yang menyerahkan cek pembayaran imbuhan kepada
      seorang Menteri untuk mendapat kontrak Empangan Pergau yang disiarkan oleh akhbar
      'Observer' pada 3hb.September 2000.

5.         Y.B. Abd Rahman bin Yusof [Kemaman] minta Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan
      Multimedia menyatakan :

      a)         apakah faktor-faktor yang menyebabkan Malaysia bukan menjadi pilihan utama
            pelabur industri IT berbanding dengan negara-negara seperti Hong Kong,Singapura
            dan Taiwan sedangkan Malaysia terlebih dahulu menawarkan 'Multimedia Super
            Corridor'.

            b)         Apakah langkah-langkah yang diambil untuk memperbaiki keadaan ini.

6.         Y.B. Abd Rahman bin Yusof  [Kemaman] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan
      Industri menyatakan:

      a)         apakah faktor sebenar yang menyebabkan Malaysia tidak lagi menduduki tangga yang
            selesa sebagai negara yang menarik untuk melabur dirantau ini.

      b)         apakah tindakan kerajaan untuk memulih semula iklim pelaburan yang tidak lagi
            menarik kepada pelabur asing.

7.         Y.B. Abd Rahman bin Yusof  [Kemaman] minta Menteri Kewangan menyatakan setelah lebih
      dua tahun Dato' Seri Anwar Ibrahim dipecat sebagai Menteri Kewangan mengapa komposit
      Indeks KLSE tidak banyak berubah atau pulih. Tidakkah peningkatan mendadak 'Hutang
      Tidak Berbayar'dalam industri perbankan akhir-akhir ini membuktikan kegagalan kerajaan
      untuk memulihkan ekonomi negara.

8.         Y.B. Abd Rahman bin Yusof  [Kemaman] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
      menyatakan mengapa waran yang diperuntukkan untuk pembinaan rumah kos rendah di
      Negeri Terengganu dibatalkan. Mengapa rakyat miskin yang memerlukan perumahan kos
      rendah mesti dizalimi akibat perubahan kerajaan di Negeri Terengganu.

9.         Y.B. Abd Rahman bin Yusof  [Kemaman] minta Menteri Kewangan menyatakan kenapa
      Khazanah Holding membeli Bank Muamalat yang dikeluarkan perkhidmatannya dari Bank
      Bumiputra apabila diambil alih oleh Bank Of Commerce. Mengapa perkhidmatan perbankan
      tanpa faedah disisihkan dan tidak lagi ditawarkan bersama perkhidmatan lain oleh bank yang
      bergabung tersebut.

10.       Y.B. Abd Rahman bin Yusof  [Kemaman] minta Menteri Pelajaran menyatakan apakah
      langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengimbangi bilangan pelajar bumiputera
      dan bukan bumiputera di Institiut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Sila perincikan peratusan
      pelajar bumiputera dan bukan bumiputera mengikut jurusan pengajian yang menuntut di IPTS
      dewasa ini.

                   SOALAN-SOALAN UNTUK JAWAPAN TULIS
1. .         Y.B. Abd Rahman bin Yusof  [Kemaman] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan
     Industri menyatakan cadangan-cadangan baru pelaburan serta nilainya di kawasan-kawasan
     perindustrian Daerah Kemaman. Sila nyatakan rancangan Kementerian untuk menggalakkan
     pertumbuhan perindustrian di kawasan ini.
2.         Y.B. Abd Rahman bin Yusof  [Kemaman] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
      menyatakan berapa keluasan asal yang diwartakan sebagai Tanah Rizab Melayu dan berapa
      lagi keluasan yang tinggal sekarang ini.

3.         Y.B. Abd Rahman bin Yusof  [Kemaman] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan mengapa
      tindakan tidak diambil terhadap Perdana Menteri yang berucap di dalam satu perhimpunan
      tanpa permit di Putra Jaya baru-baru ini yang menimbulkan ketegangan perkauman. Apakah
      kenyataan Perdana Menteri bahawa 'ini ialah perhimpunan yang tidak memukul polis' menjadi
      alasan yang membolehkan perhimpunan tanpa permit diadakan.

4.         Y.B. Abd Rahman bin Yusof [Kemaman] minta Perdana Menteri menyatakan jenis-jenis
      pendapatan yang diperolehi Kerajaan Pusat hasil kegiatan industri petroleum dan gas. Sila
      nyatakan tabung-tabung Amanah yang ditubuhkan untuk melindungi kepentingan masa depan
      industri ini dan generasi akan datang.

5.         Y.B. Abd Rahman bin Yusof  [Kemaman] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
      menyatakan mengapa Kerajaan baru bercadang untuk membuat pelan induk pengurusan
      sistem sisa buangan sedangkan pengurusan sistem sisa buangan sudah diswastakan kepada
      Syarikat Indah Water Konsortium (IWK). Apakah semasa diswastakan IWK tidak
      mempunyai pelan induk untuk dilaksanakan yang menyebabkan kegagalannya.


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com