Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite                             


Melayu di persimpangan

TIDAK ada jalan lain, kecuali dua simpang berbeza menghala ke arah yang berlainan, menurut Faisal Tehrani dalam polemiknya.

Pertama kehancuran dan kedua pembaikpulihan. Orang Melayu (atau lebih tepat kita namakan sebagai Bumiputera) tidak punyai pilihan yang banyak kecuali mencermin diri sendiri dan menerima hakikat mereka harus berbuat sesuatu sebelum segala-galanya menjadi buruk. Kenapa orang Melayu? Kenapa tidak semua orang Malaysia? Pertama kerana merekalah yang sering mendakwa diri sebagai pribumi. Tentu pribumi mencintai tanahair sendiri! Kedua mereka kebanyakannya beragama Islam yang memandang jijik dan hina ke atas penindasan dan ketidakdilan. Apakah masalah orang Melayu justeru itu? Tentu sekali soal feudalisme. Sejak dari zaman kesultanan Melayu, mereka telah terlalu patuh kepada pemerintah dan enggan membuat perubahan setiap kali kezaliman menimpa mereka. Apakah ini satu lagi ciri Melayu selain amuk dan latah? Ciri negatif tentunya.

Beberapa kali Melayu diminta membuat sesuatu supaya hidup masa hadapan generasi mendatang tidak akan dijerumuskan ke dalam lembah kecelakaan.

Isu pemecatan Tun Salleh Abbas (bekas Ketua Hakim Negara membuktikan Melayu tidak memahami apa itu teori separation of powers), pembunuhan di Memali (satu tragedi tidak boleh dimaafkan, satu tindakan bacul membunuh 14 orang kampung tanpa senjata dengan M16 dan sebuah kereta perisai) yang seluruh rakyat Malaysia dikartunkan, didramakan dan difilemkan semuanya diperbodohkan dan kes saman balu-balu mangsa pembunuhan telah ditangguhkan lebih lima tahun hingga hari ini. Kenapa menangguh kes ini ke satu tarikh tidak pasti?

Atau kemudian kita melihat lagi tragedi demi tragedi...Operasi Lalang, Operasi Kenari dan baru-baru ini kononnya dinamakan Operasi Segar dan Dato Seri Anwar Ibrahim ditahan di bawah ISA (kini telah dibebaskan). Bukankah ini satu lagi tragedi. Menapa Melayu tidak bertindak? Adakah Melayu sudah menjadi terlalu bahlol untuk bergerak?

Melayu di persimpangan terakhir, dahulu mereka masih teragak-agak untuk memilih. Sekarang mereka tidak boleh salah membuat pilihan, sekiranya mereka tidak bertindak menyelamatkan keadilan dan negara ini dari tangan pemerintah yang rakus, bermakna selamat tinggal kebaikan, yang ada nanti adalah dunia kegelapan!

Dan lebih buruk, generasi akan datang akan mengenang Melayu hari ini sebagai pengecut, bacul dan lebih mengaibkan bodoh


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com