Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


BURUKKAN PM: SATU TINDAKAN WAJAR

[Untuk tatapan sdr/i SOFIAH AZIM SHAH, Shah Alam dan rakan-rakan yang sama waktu dengannya. Artikel ini juga akan di c/c kepada Forum yang sama. Saya ingin lihat samada mereka akan "gentleman" seperti Harakahdaily dan saya pasti mereka ini hanya ada satu telur.- Aura2000]

Saya sempat meninjau dilaman forum utusan (syaitan) online. Selepas meneliti artikel sdr/i saya berpendapat amatlah tidak perlu dijawab pandangan sempit anda itu. Oleh kerana saya ini hanya watak amat kecil dalam reformasi jadi saya sekadar ingin memberitahulah akan kemusykilan anda.

Yang pertama, inginlah saya menyatakan dengan bangganya tugas sebagai reformis adalah untuk MEMBURUKKAN Mahathir dan UMNO/BN. Kami sama sekali tidak akan memuji dan mengampu Mahathir. Apakah salah memburukkan orang dan kerajaan zalim? Apakah salah memburukkan dan menghina orang yang MENGHINA Nabi dan Rasul kami? Apakah anda akan diam bila Rasul dan Agama anda dihina? Apakah anda tidak merasakan bahawa apabila Mahathir berkata Hudud tidak sesuai dengan keadaan masyarakat majmuk di Malaysia sama seperti mengatakan ALLAH itu bodoh?

Anda menuduh pembangkang menghasut masyarakat antarabangsa agar membenci Mahathir, tidakkah anda ingat bahawa Mahathir dan UMNO pernah menuduh bahawa orang asing menghasut reformis? Siapa yang hasut siapa? Adakah anda ingat bahawa Mahathir sewaktu diluar negara didepan warga asing pernah memburukkan rakyat sendiri?

Sebenarnya anda tidak cukup ilmu dalam menilai siapa yang memburukkan imej siapa. Untuk pengetahuan anda, Mahathir dan UMNO sendiri yang menghinakan diri sendiri. Siapakah yang berkokok diluar negara mengatakan sanggup ke mahkamah kemudian lari bagaikan tikus cencorot? Siapakah yang tidak menghormati undang-undang sehingga tidak mematuhi perjanjian. Mengakibatkan para pelabur tidak yakin untuk melabur di Malaysia. Tahukan anda Microsoft menarik balik untuk menubuhkan Ibu Pejabat Asia Pasifik di Malaysia semata-mata kerana Sistem kehakiman Malaysia ikut sedap Mahathir. Manalah tahu nanti jadi macam kes royalti pulak. Anda jangan menganggap orang lain bodoh macam orang-orang UMNO. Mereka mempunyai akal yang lebih baik. Cuba ambil iktibar ketika Mahathir dan Rafidah Aziz berbohon lebam mata Anwar sebab pukul diri sendiri dan berbekam siapa percaya? Dan terbukti pembohongan. Sekali berbohong terima ajalah akibatnya.

Anda juga mengatakan bahawa pembangkang tidak boleh menerima kekalahan. Sebenarnya anda buta, kami bukan macam UMNO, cuma perjuangan tetap diteruskan sehingga MENANG. Tapi anda lebih buta kerana tidak dapat melihat RAKYAT TERENGGANU KAHSNYA DAN MALAYSIA AMNYA diseksa akibat UMNO tewas banyak kerusi. Rakyat Terengganu hilang wang royalti, rakyat Malaysia dibebankan dengan kenaikan harga barang. Inilah akibat orang yang dihatinya penuh dengan dendam kesumat.

Anda juga menuduh pihak "pro-Anwar" membayar puluhan ribu ringgit kepada warga asing yang suatu ketika dahulu Mahathir dan UMNO menuduh warga asing yang melakukan demikian. Sebenarnya itu andaian kosong dan jahat anda sahaja. Sebaliknya adakah anda tahu berapa juta Mahathir bayar untuk George W. Bush untuk menentang Al-Gore (Ketua keADILan US?). Apakah anda kata ini bohong? Saya seru agar anda desak Mahathir mengiya atau menafikan semoga saudara Ezam dan Azmin akan mengeluarkan dokumen dari "lima buah pajeronya". Kalau BPR berani siasatlah. jangan cakap sahaja.

Anda juga meniru idea UMNO bahawa pemegang sepanduk sewaktu demonstrasi mendapat upah. Untuk pengetahuan anda sebenarnya pelajar-pelajar yang datang untuk mendengar pembohongan Mahathir itulah yang diupah, dan mereka mengaku. Bukan sahaja wang tambang dibayar, makan dan tempat tinggal disamping wang saku lagi. Cubalah email pelajar-pelajar di sana kalau tidak percaya. Tanya juga Sabri Zain, berapa upah dia pegang sepanduk menentang Mahathir? Kalau kat Malaysia upahnya menginap dilokap Dang Wangi atau jalan Stadium selama 14 hari termasuk nasi basi.

Akhir sekali, saya mengulangi tugas kami memang untuk memburukkan PM dan UMNO yang Mahazalim. Kami akan terus-terusan dengan kempen Anti-Mahathir dan UMNO. Kalau boleh kami juga ingin ke bulan atau planet Marikh untuk meberitahu bahawa di bumi Malaysia ada hidupan yang sangat zalim kepada manusia dan tuhan. Dan kami berdoa agar Allah menarik bala (Mahathir) dari muka bumi ini. Amin.

AURA2000


        
Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com