Jenayah seksual yang begitu hebat diperkatakan sekarang, apakah puncanya? Apabila TG Dato' Nik Aziz mengatakan salah satu sebabnya adalah kerana sikap perempuan yang semakin gemar berpakaian ala bogel dan tidak menutup aurat. Maka melenting-lentinglah pemimpin sekular. Mereka lupa apa yang Tuan Guru cakap adalah apa yang diberitahu oleh ISLAM.
Sebenarnya apabila kita memperhalusi lagi punca masalah ini kita akan diketemukan dengan konklusi bahawa masalah ini berlaku akibat manusia semakin engkar dengan perintah Allah. Kenapa manusia engkar? Kita akan dapati kerana Ilmu Allah tidak disampaikan? Kenapa? kerana pemimpin melarang ceramah agama diadakan samada di Masjid atau tempat awam. Terlalu sukar untuk menyampaikan Ilmu Allah sehingga memerlukan permit kadang-kadang permit tidak diluluskan dan ada juga kes ulamak dilarang berceramah. pemimpin lebih gemar menyampaikan ilmu-ilmu syaitan kepada rakyat. Permit untuk konsert rock begitu senang diperolehi. Kadang-kadang konsert berlanjutan sehingga jam 4 pagi. Berbanding ceramah agama hanya dibenarkan paling lewat sehingga jam 12 malam sahaja. Begitu juga jenayah seksual ini berlaku kerana Hukum Allah gagal dilaksanakan kerana pemimpin beranggapan ianya tidak sesuai. Pemimpin beranggapan Hukum Penjajah lebih sesuai dan fleksibel. Boleh diubahsuai mengikut keperluan pemerintah.
Setelah dihalusi lebih mendalam kita akan terjumpa punca kepada semua masalah berkaitan...MAHATHIR. Mahathirlah yang mempertikaikan Hudud. Kerana mengampu Mahathirlah KHIR TOYOl menghalang ulama menyebar ilmu Allah. Semuanya kerana Mahathir. Kerana takutkan Mahathir lebih dari takutkan Allah, pemimpin-pemimpin sekular sanggup mempermainkan hukum Allah.
Jadi tidak perlulah menghabiskan masa membuat post-mortem berkaitan meningkatnya jenayah seksual (majoriti oleh orang islam). Kerana jawapannya sudah ada. Apa yang perlu ialah tindakan. Hapuskan Musuh Allah No 1 ini. Hapuskan Mahathir dan UMNO.
AURA2000