Cerita ini disampaikan sendiri oleh seorang warga tua
(penyokong umno totok)dari Hulu Langat. beliau telah
berjumpa dengan saya dan meminta borang kemasukan ahli
PAS.
Dua minggu yang lalu, satu rombongan untuk membawa
warga tua dari kawasan Hulu Langat ke negeri kelantan
telah dianjurkan oleh umno kawasan tersebut. Seperti
biasa elaun yang tak seberapa telah disediakan. Ketua
rombongan tersebut adalah seorang ustaz (makcik
tersebut telah lupa nama dia) Maka berbondol bondol
lah orang kampung yang menyatakan minat mereka untuk
melawat negeri Kelantan. Dah terbayang dalam hati
tentang barang barang murah yang boleh dibeli dan
jugak buah buahan yang sudah tentunya lebih murah dan
segar dari KL. Dan tak kurang juga yang diam diam (dan
yang terang terang) bercita cita nak tenguk rumah Tok
Guru Nik Aziz.
Didalam perjalan tersebut maka berceramahlah si
"ustaz: tadi tentang jasa jasa kerajaan. maka diungkit
habis tentang kain batik dan sabsidi baja.... dan
rombongan tersebut. Dan semestinya agenda utama itu
mengutuk tentang kerajaan PAS. Maka terangguk angguk
makcik dan pakcik setuju kerana kalau tak setuju kan
nanti orang kata tak bersyukur kepada umno yang
membawa mereka berjalan secara percuma.
Bila sampai di Kelantan, segala impian untuk membeli
belah dan menjamu mata di Kelantan musnah sama sekali.
Mereka tidak dibenarkan kemana mana kecuali dengan
menaiki bas ke destinasi yang telah ditetapkan. Dan
destinasi tersebut adalah Kuil kuil dan jugak tempat
menternak babi. Macam macam kutukan dibuat kepada Tok
Guru yang kononnya nama saja PAS perjuang Islam tapi
sebenarnya menipu. Ada juga seorang yang telah
bertanya tentang Bukit Pelanduk tapi lepas kena
perkataan tak bersyukur terus terdiam. Lepas tu yang
lain semua kena sindrom angguk saja lah.
Habis saja melawat kawasan tersebut.. bas terus
membawa mereka balik ke Hulu Langat. Tiada dapat
melihat sendiri dangan mata meraka akan masjid masjid
dan keindahan negeri kelantan. Alhamdulillah, setelah
mereka pulang, maka terbukalah hati masing masing
kenapa mereka dibuat hina sebegitu rupa. Terima kasih
juga kepada seorang hambaAllah yang berusaha
menyedarkan mereka. Salah seorang dari makcik tersebut
muntah muntah kerana teringatkan babi babi tersebut.
Beliau pengsan dan dimasukkan kehispital untuk
beberapa hari. Dan mengikut makcik yang menceritakan
hal ini kepada saya, sebaik saja keluar dari hospital,
beliau menyatakan hasrat beliau kepada makcik tersebut
untuk masuk Pas. Alhamdulillah... dari seorang yang
sanggup pegang parang memarahi saya kerana mengatakan
umno tu penipu, beliau kini giat cuba menyedarkan
rakan rakan nya pula.
Semoga umno banyak banyak lagi membuat rombongan
melawat kuil dan ladang ternak babi dikelantan... biar
banyak lagi yang terbuka hati. Itu baru ladang babi...
cuba bawak melawat masjid dan rumah tok guru kalau
berani.
Dan untuk ustaz..... tak malu ke ustaz belajar ugama
dan sanggup menjadi barua umno?
Bambu Hijau