Dikalangan mereka yang mengenalinya, Tan Sri merupakan seorang manusia yang mempunyai kewibawaan yang tinggi, komitted terhadap tugas dan tanggungjawab serta amat berdedikasi. Ini bukan sahaja di akui di Malaysia bahkan di seluruh dunia. Di dalam satu mesyuarat di peringkat serantau yang saya pernah hadiri bersama beliau, ahli-ahli mesyuarat telah menanyakan saya mengenai latarbelakang beliau dan kagum dengan kebolehan beliau dalam menangani isu-isu rumit walaupun sebahagiannya tiada kaitan langsung dengan kelayakan akedemiknya.
Dikalangan kakitangan TNB beliau dikagumi oleh mereka yang mempunyai komitmen yang tinggi terhadap tugas dan tanggungjawab tetapi di benci oleh sebahagian yang lain khususnya di kalangan pegawainya yang mempunyai bisnes sampingan. Tan Sri tidak boleh bertoleransi dengan situasi ini. Anda tanyalah dengan pegawai-pegawai di TNB, SIRIM, MINT dan IAEA. Siapa yang tidak kenal dengan kehebatan Tan Sri. Inilah tokoh yang selalu di jadikan role model oleh ramai pegawai bawahannya. Kualiti seperti inilah yang di perlukan oleh negara kita bagi mempercepatkan proses pembangunannya.
Tapi sayang orang-orang seperti ini sangat di benci oleh sesetengah manusia lahap, pengkhianat, penzalim dan pembohong. Mereka gunakan kuasa mereka untuk mengetepikan individu seperti ini. Kerana apa? Kerana kehadiran Tan Sri ini tidak memberikan faedah besar kepada tembolok mereka. Tan Sri strict sangat, tak boleh hanky panky. Maka terbuanglah sebutir intan yang telah menaikkan imej TNB dan negara demi untuk memuaskan nafsu segolongan manusia yang telah lupa diri. Masyarakat korporat tidak dapat menerima kenyataan ini sehingga saham TNB merudum begitu teruk sekali. Pihak yang bertanggungjawab panik lalu mengambil langkah melantik semula beliau dengan harapan untuk memulihkan kedudukan pasaran saham. Inilah dia sandiwara Mahathir dan kuncu-kuncunya.
Tan Sri tetap seperti Tan Sri Tajuddin yang kita kenali. Dia tahu bahawa kehadirannya tidak disukai oleh segelintir manusia oportunis. Dia punya harga diri. Dia yakin rezeki datang dari Allah bukannya dari Mahathir. Dia bukan jenis muka tak tahu malu seperti sebahagian manusia yang walaupun telah terang-terang di tolak tapi masih terhegeh-hegeh mengaku dialah jagoan melayu. Syabas Tan Sri.. jasamu di kenang. Seluruh dunia sedang menilai kewibawaan Tan Sri.. yang lebih penting lagi Allah menilai keyakinan Tan Sri yang jitu bahawa rezeki adalah dari Allah bukannya dari Mahathir atau UMNO. JJ..kamu adalah ahli politik yang terpaksa mengorbankan maruah dan meletakkan tahap 'intelligence' kamu ketahap paria hanya semata-mata untuk menggembirakan ketua kamu yang mana dengan itu kamu boleh membesarkan lagi temobolok kamu. Sekali-sekali jengoklah rakyat di kawasan kamu yang sebahagiannya tinggal di rumah tanpa dinding. Mereka akan mendakwa kamu di akhirat……
HANCUR UMNO HANCUR KEZALIMAN
BENCI KEZALIMAN