Sambungan
dari artikel semalam……
Wahai pemimpin-pemimpinku, jangan lagi merasa
ragu-ragu untuk menyeru penyokong-penyokongmu dan rakyat, muslimin dan muslimat
sekeliannya supaya melancarkan pemboikotan kepada puak-puak yang menentang
Allah dan RasulNya. Sekaranglah waktu
dan ketikanya kita berbuat sesuatu kerana majoriti umat Islam adalah berpihak
kepada kita berdasarkan sokongan yang
diberi pada pilihan raya yang lalu.
Seperti yang pemimpin-pemimpiku sedia maklum bahawa Allah s.w.t.
melarang kita untuk terus berkasih sayang dengan golongan-golongan yang engkar
ini dan Allah melabelkan kita sebagai tidak beriman kepadaNya seandainya masih
ada bibit-bibit cinta kasih sayang sebahagian dari kita kepada mereka. Halanglah segera bibit-bibit cinta kasih itu
dari berputik semula. Anda pasti masih
ingat akan firman Allah:
Kamu
tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat,
saling berkasih sayang dengan orang-orang menentang Allah dan RasulNya, sekali
pun orang-orang itu bapak-bapak, atau anak-anak atau saudara-saudara atau pun
keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang Allah telah
menanamkan keimanan dalam hati dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang
datang daripadaNya. Dan dimasukkanNya
mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai, mereka kekal di
dalamnya. Allah redha terhadap mereka
dan mereka pun merasa puas terhadapNya (limpahan rahmat). Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahawa sesungguhnya golongan
Allah itulah golongan yang beruntung (Al-Mujaadilah: 22).
Sudah terlalu banyak perbuatan keji dan nista
dilakukan oleh puak-puak tersebut yang boleh mengheret sama kekejian dan
kenistaan itu kepada penyokong-penyokongmu dan rakyat sekeliannya jika ia tidak
dibendung dari sekarang. Sikap dan
perangai mereka telah sampai ke tahap yang amat merbahayakan sehingga boleh
menjelma menjadi iblis dan syaitan yang boleh menjerumuskan
penyokong-penyokongmu dan rakyat sekeliannya yang lemah jiwa dan raga
mereka. Allah telah menyamakan mereka
ini seperti golongan yang mempersekutukanNya seperti di dalam firman Allah yang
senantiasa bermain-main di bibir kalian semua iaitu:
Katakanlah,
Tuhanmu hanya mengharamkan perbuatan yang keji, baik yang kelihatan ataupun
tersembunyi, dan perbuatan dosa, melanggar hak
manusia tanpa alasan yang benar, mempersekutukan
Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan hujah untuk itu dan
mengada-ngadakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui (Al-A'raf: 33).
Bukan setakat itu sahaja. Baru-baru ini, mereka
(puak-puak pertualang agama dan bangsa) telah mengiktiraf diri mereka sendiri
sebagai makhluk binatang, sedangkan Allah dan RasulNya telah memperingatkan
mereka tentang batas perbezaan di antara manusia dan binatang seperti dalam
firmanNya yang pemimpin-pemimpinku senantiasa membacanya:
Sesungguhnya binatang (makhluk) yang
paling buruk di sisi Allah ialah orang-orang yang kafir, kerana mereka itu
tidak beriman. (Iaitu) orang-orang yang kamu telah ambil perjanjian dari
mereka, sesudah itu mereka mengkhianati janjinya pada setiap kalinya, dan mereka
tidak takut (akibat-akibatnya) (Al-Anfal: 55-56).
Ingatlah wahai pemimpin-pemimpinku, mereka ini
bukanlah binatang jinak yang boleh dipelihara dan dimanja tetapi mereka adalah
binatang liar dan ganas yang tidak wajar dibiarkan untuk terus mengancam
penyokong-penyokongmu dan sekelian rakyat yang lemah.
DOAKU:
Ya Allah yang Tuhan kami yang maha Pengasih, Tuhan
yang memiliki Arasy yang Mulia, Tuhan yang menzahirkan dan mengembalikan, Tuhan
yang memperbuat apa yang dikehendakiNya, Kami memohon kepadaMu dengan Nur ZatMu
untuk kesekian kalinya, walaupun rasa malu tidak terhingga kerana terus
meminta-minta pertolongan daripadaMu ya Allah, yang memenuhi seluruh penjuru
ArasyMu dengan rahmat yang meluas dan kudratMu yang telah Engkau takdirkan
kepada seluruh makhlukMu, berilah kekuatan kepada kami dan pemimpin-pemimpin
kami untuk terus berjuang memartabatkan agamaMu di bumi Malaysia ini. AMIN.
LAWAN
TETAP LAWAN!
ALLAHUAKBAR!
BOMOHDIN.