Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Lagi Fitnah UTUSAN terhadap BA

Burukkan PM: Kenapa pembangkang diam?

Saudara Pengarang,
SAYA telah terbaca beberapa laporan terutama dalam Utusan Malaysia tentang usaha terancang oleh sesetengah parti pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memburuk-burukkan Dr. Mahathir Mohamad di luar negara.

(IALAH UTUSAN MALAYSIA LANGSUNG TAK BAGI PELUANG UNTUK PIHAK PEMBANGKANG MENYUARAKAN PENDAPAT)

Isu ini telah menjadi bahan perbincangan yang hangat bermula dengan kenyataan oleh Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar yang memperkatakan tentang motif dan rangkaian kumpulan ini hinggalah kepada desakan-desakan daripada pelbagai pihak agar penderhaka-penderhaka ini didedahkan.

(YANG PELIK WAKTU ANWAR IBRAHIM BERI SYARAHAN 100,000 ORANG HADIR SETIAP HARI TIDAK PULAK DIBERI LIPUTAN, MEREKA SAYANGKAN MALAYSIA & BANGSA TETAPI BENCI PADA MAHATHIR & KRONI MEREKA YANG TAMAK)

Pelbagai pihak telah memberi pendapat mereka tentang usaha negatif ini yang bertujuan memperkecilkan segala kemajuan yang telah tercapai oleh negara dalam semua bidang terutama ekonomi dan politik. Dengan memburuk-burukkan Dr. Mahathir, pengkhianat-pengkhianat ini mungkin berharap untuk merosakkan imej negara agar Malaysia akan disisihkan oleh negara-negara luar.

(PENGKHIANAT ITU SEBENARNYA ADA DALAM UMNO, SEPERTI MIRZAN YANG SURUH PETORNAS BAIL OUT SYARIKATNYA SAMPAI $2 BILLION, TAN SRI ERIC CHIA YANG SAPU DUIT PERWAJA STEEL $5 BILLION, RAFIDAH AZIZ YANG LARI KE AUSTRALIA WAKTU KES RASUAH NAK DI SIASAT BEGITU JUGA MAHATHIR YANG KUTUK ANWAR - TAKPE KALAU DIA KUTUK TAPI KALAU KENA KUTUK TERUS GUNA AKHBAR UNTUK HENTAM PEMBANGKANG - ITU MAMAK YANG TAMAK LAGI ZALIM)

Di sektor ekonomi, usaha sebegini adalah untuk mempengaruhi para pelabur asing agar tidak melabur di Malaysia. Dengan ketiadaan para pelabur asing, para pengkhianat ini berfikir bahawa ekonomi Malaysia akan terjejas teruk.

(ITU PAUL KRUGMAN YANG KATA, MAHATHIR PUN SEBENARNYA IKUT NASIHAT DIA TAPI BILA DITEGUR MEINTING, MAMAK PENIPU BETUL)

Dari segi politik pula, usaha sebegini adalah untuk memberi gambaran bahawa terdapat ketidakstabilan dan kepincangan di negara agar masyarakat asing akan menyokong usaha-usaha mereka yang berkepentingan.

(SIAPA YANG ADA KEPENTINGAN KALAU TAK POLITICIAN RASUAH DALAM BN, CONTOHIAH NIK AZIZ - SENTIASA MERENDAH DIRI & TINGGAL DIRUMAH SENDIRI DARI GUNAKAN WANG RAKYAT SEDANGKAN RAMAI LAGI MASIH MISKIN)

Oleh itu apabila isu ini timbul, ia telah menaikkan kemarahan rakyat seperti saya terhadap sikap kumpulan ini yang tidak sayangkan bangsa dan negara. Mereka sanggup melakukan apa sahaja agar tujuan mereka tercapai.

(MEREKA NI SAYANGKAN BANGSALAH SEBAB TU MEREKA SANGGUP BERJUANG)

Dahulu pihak pembangkang mengaku bahawa mereka akan menghormati pilihan rakyat untuk menentukan siapakah yang harus memerintah negara dan selepas pilihan raya umum tahun lalu nyata Barisan Nasional menang.

(BIASALAH DAH BOLOT MEDIA TEMPATAN, SENANG PENGARUHI RAKYAT & FITNAH BA, TAPI KALAU BERANI BIARLAH ADIL, INI MAIN TIPU, KIRAAN UNDI PUN PENUH SYAK WASANGKA)

Tapi di manakah janji pihak pembangkang untuk menerima kekalahan mereka? Nampaknya mereka menyimpan dendam kerana tidak boleh menjadi pemerintah. Kumpulan ini terutama penyokong Anwar Ibrahim yang beroperasi di luar negara telah memilih untuk mengutuk Dr. Mahathir dan menjahanamkan negara dengan menggunakan tali barut asing.

(KALAU BARAT PUJI MALAYSIA, MAHATHIR KATA BAGUS, TAPI KALAU DITEGUR WALAUPUN NYATA SALAH, TUDUH MACAM-MACAM, TAK DE MODAL LAIN KE????)

Pada pengamatan saya, apa yang diperkatakan tentang para pengkhianat ini adalah perkara benar dan nyata. Ini adalah berdasarkan kepada reaksi dari pihak pembang-kang dan NGO sendiri. Sejak isu ini ditimbulkan, pihak pembangkang terutama yang pro-Anwar dan anggota Parti Keadilan Nasional, tidak menolak apa yang telah didedahkan tentang mereka.

(HAI KALAU RAKYAT INDONESIA YANG SAYANGKAN INDONESIA DEDAH KES RASUAH SUHARTO APAKAH DIORANG BENCI BANGSA MEREKA ATAU SAYANG? BEGITU JUGA DENGAN MARCOS YANG SAPU $100 BILLION DARI FILIPINA, SEKARANG, MAHATHIR PULAK... JADILAH MACAMTRENGGANU,BILA MAHATHIR BERSARA, MALAYSIA BANGKRUP BERSAMA BERBILLION YANG DISAPUNYA, JADILAH INDONESIA II)

Pihak pembangkang selalunya pantang dicuit. Sekiranya sesuatu diperkatakan tentang mereka, maka hiruk- pikuk mereka akan kedengaran di akhbar, majalah mahupun di laman web pembangkang. Namun kali ini lain pula jadinya.

(ELEH, MAHATHIR LAGI AUTA, KALAU KUTUK SIKIT SIAP GUNA POLIS, ISA, FRU, UTUSAN, TV 3, RTM, TAPI RAKYAT TAK PERCAYA ...HAHAHA PADAN, SIAP NAK HARAMKAN HARAKAH, SORRYLAH TAKDE SIAPA NAK BELI AKHBAR UMNO YANG MENIPU TU)

Pihak pembangkang teramat diam tentang pendedahan tersebut seolah-olah mereka mengakui semua ini adalah perbuatan mereka. Di manakah suara lantang Ezam Mohd. Nor, Dr. Rahim Ghouse, Wan Azizah dan Raja Petra?

(SILA LIHAT LAPORAN CORRESPONDENT - AUSTRALIA BROADCASTING C - DISITU MEREKA MENYUARAKAN & MENDEDAHKAN KEJAHATAN MAHATHIR AL MAMAK YANG TAMAK BUKAN SAHAJA MENYALAH GUNAKAN KUASA TAPI ...)

Mengikut khabar angin, pihak pro-Anwar telah membayar beberapa puluhan ribu RM kepada sebuah kumpulan lobi Barat untuk menjalankan aktiviti-aktiviti berniat jahat ini. Saya harap pihak berkuasa menyiasat perkara ini dan mendedahkan penderhaka, kumpulan lobi dan jumlah wang sebenar yang terlibat.

(JANGANLAH NAK MENIPU, MEMBERKAT OVERSEA DATANG DENGAN KERELAAN HATI, LANGSUNG TAK DIBAYAR, BUKAN MACAM KAT UK, PELAJAR MALAYSIA SIAP DIBAGI WARNING, HADIR KENA POTONG ELAUN, TAPI PELAJAR UMNO DAPAT DUIT & TAMBANG UNTUK PERGI TENGOK AL MAMAK TAMAK KUTUK ANWAR, HARI-HARI, TAPI ANWAR COOL JE DALAM PENJARA)

Sebagai seorang rakyat yang bertanggungjawab, saya amat bencikan mereka yang sanggup menjual maruah bangsa, agama dan negara. Pihak berkuasa harus menjalankan penyiasatan yang rapi dan menentukan bahawa setiap yang terlibat dibawa ke mahkamah di atas tuduhan menderhaka.

(KALAU BEGITU SURUHLAH MAHATHIR BERUNDUR, DENGAN LANTIKLAH -ORANG YANG BENAR2 BERSIH & BERKELAYAKAN SEPERTI NIK AZIZ ATAU SAYA)

Rakyat sedar bahawa cerita tentang aktiviti jahat kumpulan ini bukan serkap jarang. Buktinya amat nyata kerana di mana sahaja dilawati Dr. Mahathir, di situ akan terdapat demonstrasi (walaupun kecil) untuk memburuk-burukkan Perdana Menteri kita. Malah kumpulan lobi ini juga akan bertindak semasa dan selepas lawatan Perdana Menteri dengan mengadakan tunjuk perasaan.

(HAI DULU ANWAR PUNYA PENYOKONG SOKONG DIA LANGSUNG TAK DAPAT $$$, SIAP BAGI DUIT KAT ANWAR IBRAHIM LAGI)

Alhamdulillah dengan rahmat Allah, setiap demonstrasi ini tidak mendapat sokongan dan perhatian kerana seringkali ia diwakili oleh segelintir masyarakat asing dan seorang dua rakyat Malaysia yang semestinya diupah untuk memegang sepanduk dan berteriak. Ketiadaan sokongan ini adalah kerana rakyat Malaysia tidak termakan pujuk rayu pihak pembangkang untuk merosakkan negara yang mereka cintai.

(DENGAN RAHMAT ALLAH S.W.T. JUGA USAHA AL MAMAK GAGAL, MAJORITI RAKYAT TAK PERCAYA TERMASUK LAH AHLI UMNO, SOKONGAN MELAYU TERHADAP MEREKA PUN MENURUT, TUNGGULAH MASA, INGAT TEKNIK MENAKUT KAN RAKYAT TU BOLEH JALAN SELALU KE,AD LEBIH 51% RAKYAT MELAYU YANG MENYAMPAH KAT MAHATHIR, MACAMMANA NAK DIKAWAL?)

Saya pasti rakyat akan sentiasa di belakang kerajaan, lebih-lebih lagi setelah kerajaan membuktikan keikhlasan dan kecekapannya meningkatkan mutu hidup mereka dengan memulihkan ekonomi dan merangsang pembangunan negara. - SOFIAH AZIM SHAH, Shah Alam.

(PULANGKAN HAK RAKYAT DARI KRONI & KELUARGA MAHATHIR AGAR KITA LEBIH MAJU)

- YANG ARIFF


        
Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com