Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite                             


ProKeamanan - FYI

Assalamualaikum,
Saya bukanlah nak menjawab sangat tulisan ProKeamanan sebab dari tulisannya bukanlah menunjukkan ianya dari seorang yang dalam pemikirannya dan bernas mindanya.Saya cuma ingin mengulas beberapa perkara yang diperkatakan dan mungkin saudara penulis sendiri tidak berapa faham tentang isu semasa.

3 perkara yang penulis utarakan ialah:-

1. Menuduh penulis siber hanya akan membawa kemusnahan pada negara.

2. Menuduh penulis siber hanya tahu menghasut.

3. PAS membangkang segala bentuk usaha kerajaan pusat walaupun untuk Islam dan Melayu.

4. PAS tidak berterima kasih kerana kerajaan pusat mengharamkan permainan video.

5. PAS dengki kepada kerajaan pusat kerana kenaikan harga minyak sebanyak 10sen/liter.

Untuk perkara 1 dan 2, saya jawab serentak.

Saya tak nampak tulisan penulis siber adalah menghasut dan akan memusnahkan negara. Adakah penulis akhbar utusan malaysia dan berita harian tidak menghasut.Adakah tulisan mereka itu semuanya betul dan melapurkan secara terus tanpa berselindung atau melapurkan apa yang tak wujud. Apakah kebenaran yang mereka bawa. Apakah kebenaran seperti yang dituliskan oleh 'ustaz' Astora itu betul. Adakah tulisan 'ustaz' Astora itu benar dan berdasarkan nas dan dalil yang betul. Adakah tulisan sebegini akan menguatkan keimanan dan menghilang kekeliruan masyarakat. Adakah jika penulis UMNO berleluasa, negara tidak akan musnah.

Pada pendapat saya, kewujudan penulis-penulis UMNO seperti Astora dan beberapa lagi penulis bodeklah yang akan menghancur dan memusnahkan negara. Kerana tulisannya tidak berpandu kepada fakta yang betul malahan adalah rekaan untuk mengelirukan rakyat dan menakutkan rakyat. Adakah ProKeamanan tahu berapa orang bukan Islam telah lari meninggalkan Terengganu selepas dibawah pimpinan Pas. Kalau ada tentu telah heboh dalam akhbar dan kalau ingin diinterview dalam TV mungkin cina /india itu pun akan dipakaikan kopiah putih.

Untuk perkara 3.

Sebenarnya selagi usaha itu membawa kebaikan kepada rakyat dan tidak membazir dan dilaksanakan mengikut lunas yang betul, Pas setakat ini tidak akan membangkang malahan menyokong; contohnya Projek tanam pokok seluruh malaysia pada 15/10/00, Terengganu juga turut serta. Perarakan hari kemerdekaan, Terengganu juga anjur.Projek rumah kos rendah, Terengganu teruskan. Pembahagian duit kebajikan dan zakat , Terengganu seratakan dengan adil dengan bertambah bilangan penerima.LPT Terengganu akan bina sendiri. TAPI Terengganu tidak akan buat litar F1, Terengganu tidak akan buat Mahligai MB, Terengganu tidak akan biarkan arak berleluasa. Terengganu tak akan benarkan pusat judi kerana itu bukan untuk rakyat, bukan untuk orang Islam dan bukan juga untuk Melayu.

Untuk perkara 4 & 5.

Sebenarnya pasal permainan video, Terengganu telah laksanakan selepas menerajui Terengganu. Segala lesen tidak diiperbaharui sebab itulah Polis Terengganu tidak sibuk-sibuk serbu pusat permainan video ni. Pasal kenaikan harga minyak, apakah tujuannya. Itu persoalan yang timbul. Adakah untuk menampung perbelanjaan kerajaan pusat keranakeadaan ekonomi yang semakin merosot dan untuk meredakan keadaan dan mengalih pandangan rakyat maka dikuluarkan kenyataan yang kononya datang dari pakar yang menyatakan keadaan ekonomi akan merosot kembali tahun depan. Itu cumalah untuk mendapat simpati rakyat supaya menerima kenaikan harga minyak itu. Atau juga untuk menanggung kerugian badan-bdana tertentu seperti tambahan modal kepada syarikat proton, perwaja dam syarikat -syarikat tertentu. Kalau di Arab minyak murah kerana mereka pengeluar minyak kenapa tidak Malaysia. Kalau Mahathir boleh bermaharajalela mengubah itu dan ini di Malaysia ini, mengapa tidak boleh mengubah harga minyak untuk kegunaan dalam negara.

Alasan Malaysia rugi kerana minyak dibeli oleh rakyat Thai dan Singapura, mengapa baru sekarang timbul perkara ini, mengapa tidak dulu, adakah dulu rakyat asing tak beli minyak Malaysia.

Sebenarnya itu lah yang diperkatakan oleh penulis siber untuk meluahkan isi hati kerana hanya inilah saja saluran maklumat yang boleh disampaikan kepada rakyat. Kalau nak kira Mahathir saban hari mengutuk dan mencaci PAS didalam TV yang mana tak sepatutnya dikeluarkan oelh pemimpin negara yang Intelek dan bertaraf 'doktor gigi'.

Sekian. Wassalam.

Cybertaliban


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com