Gempar! Rancangan jahat sedang diatur oleh UMNO untuk
memfitnah aktivis/penyokong BA dengan tuduhan palsu
bahawa mereka melakukan kesalahan gangguan seksual
(sexual harassment) terhadap wanita.
Maklumat ini diterima dari seorang Puteri UMNO. Beliau
enggan memberitahu sumber maklumat ini. Beliau
mengalami tekanan jiwa yang hebat sejak mendapatahu
mengenai rancangan jahat UMNO ini beberapa hari yang
lepas, dan beliau mengambil keputusan untuk
membongkarkan konspirasi jahat ini. “I want to get it
off my chest,” beliau menjelaskan.
Beliau harap dengan pendedahan ini rancangan UMNO yang
terlalu sangat kejam dan jahat itu akan terbantut,
terencat dan tidak akan dilaksanakan. Beliau tidak
sanggup melihat walau penyokong BA sekali pun
dianiayai sedemikian rupa. Fitnah tersebut akan
membawa malu yang turut ditanggung oleh isteri dan
anak-anak serta saudara mara. Puteri UMNO ini juga
tidak ingin melihat ramai ahli-ahli UMNO, media,
Suhakam, polis, mahkamah dan orang ramai turut diheret
bersubahat dalam fitnah yang sangat kotor dan kejam
ini.
Bakal mangsa-mangsa rancangan jahat UMNO ini akan
terdiri dari eksekutif/pegawai dan staff di
syarikat-syarikat swasta serta Kementerian/Jabatan
Awam yang diketahui umum di tempat mereka berkerja
sebagai bukan sahaja penyokong kuat BA tetapi juga
warak. Mereka akan diperangkap dengan tuduhan palsu
melakukan kesalahan ‘sexual harassment’.
Wanita-wanita tertentu akan diberi upah lumayan untuk
membuat tuduhan-tuduhan palsu tersebut.
Tuduhan palsu mencabuli kehormatan wanita akan juga
dilaksanakan. Antara taktik yang telah diatur adalah
memastikan aktivis/penyokong kuat BA yang akan
diperangkap dengan tuduhan palsu tersebut berada
didalam lift berdua-duaan bersama wanita yang diupah.
Wanita yang diupah itu akan berlakon, menjerit-jerit
minta tolong apabila pintu lift terbuka ditingkat
dimana beberapa orang sudah siap sedia menunggu untuk
membuat tangkapan. (Macam drama Hollywood).
Menteri-Menteri UMNO dan pemimpin UMNO dengan
kerjasama media akan mengambil kesempatan sepenuhnya
dari sandiwara ini. Kes-kes tuduhan palsu ‘sexual
harassment’ yang melibatkan aktivis/penyokong BA
tersebut akan diguna untuk menyerang dan mencemarkan
imej BA, terutamanya PAS.
Kalau maklumat ini sahih, maka sandiwara terbaru UMNO
yang hendak dipentaskan ini adalah kejam, terlalu
sangat kejam hingga boleh buat syaitan jadi kecut.
Walau apa pun adalah penting maklumat ini disebar
dengan seluasnya. Sekiranya maklumat ini sahih, maka
sandiwara UMNO yang skripnya sedang dikemaskinikan
akan terencat dengan pendedahan yang meluas yang
diharap akan disebarkan oleh penyokong-penyokong BA.
ANDA MUNGKIN MANGSA TUDUHAN PALSU INI. Oleh yang
demikian khabarkanlah konspirasi ini kepada isteri dan
sanak saudara supaya kalau anda merupakan ‘sasaran’,
ahli keluarga anda tidak akan ragu-ragu bahawa anda
adalah satu lagi mangsa konspirasi kejam dan
kesyaitanan UMNO.
Lawan Tetap Lawan
Cyber War Counter Intelligence