Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite                             


Telekom Smart School Penipu


Posted by fakrul radzi on October 08, 19100 at 18:38:29:

Saya adalah salah seorang guru yang mengajar di sebuah SBP (sekolah Berasrama Penuh). Sekolah saya telah terpilih sebagai salah satu sekolah di bawah projek sekolah bestari. Saya amat terkilan apabila membaca Berita Harian bertarikh 7 Oktober 2000 di ruangan Pendidikan yang bertajuk 'TSS Perlukan 30 Bulan Siapkan Perisian Komputer'.

Di dalam artikel disebut dinyatakan bahawa proses pemasangan peralatan di 90 buah sekolah yang terpilih sebagai sekolah bestari baru sahaja bermula bulan lepas dan dijangka siap dipasang menjelang tahun 2002. Artikel ini jelas merupakan satu pembohongan yang besar kerana setahu saya sebagai guru yang mengajar di SBP semua peralatan telah siap dipasang sepenuhnya 5 atau 6 bulan yang lepas di sekolah saya dan begitu juga di sekolah-sekolah bestari yang lain. Saya menelefon dan bertanyakan kawan-kawan saya yang mengajar di SBP yang lain dan mereka mengatakan bahawa peralatan untuk projek sekolah telah pun siap di pasang sepenuhnya di sekolah-sekolah mereka dan peralatan ini telah pun berhabuk dan bersawang menantikan projek sekolah bestari dimulakan dan software di jumpai.

Apakah helah Telekom Smart School (TSS) dengan melakukan pembohongan sedemikian. Adakah hendak menutup pekung di dada dan kegagalan mereka menemui teknologi yang memungkinkan projek sekolah bestari dijalankan.

Saya adalah pengikut setia forum ini dan cuma kali ini sahaja baru tergerak hati saya untuk menulis sesuatu di dalam forum ini. Saya tertarik dengan komen daripada pekerja perisian sekolah bestari yang menulis kononnya teknologi sekolah bestari telah pun di temui oleh seorang anak tempatan iaitu Encik Hassan Slowhorn. Kenapa tidak digunakan sahaja teknologi beliau itu. Saya rasa sebagai anak Malaysia, tentunya Encik Slowhorn tidak keberatan teknologi beliau digunakan untuk kemajuan anak bangsa. Saya juga tertarik dengan komen dari pekerja perisian sekolah bestari yang Hassan slowhorn tidak berminat dengan projek sekolah bestari kerana banyak sangat kerenah politik didalamnya. Kenapa perlu berpolitik disaat kita amat memerlukan teknologi tersebut. I do agree if people say that the government Malaysia is among the most corrupted governments in the world.

Satu tentang dakwaan Puan Maimunah dari DEMC Anzagain yang kononnya dia sedang mengusahakan program perisian untuk sekolah bestari. Bila masa pulak kerajaan suruh dia buat program. Yang setahu saya dimaklumkan oleh kawan-kawan saya di BTP, Kementerian Pendidikan suruh dia lukis kartun untuk modul sekolah bestari. Apalah nak jadi dengan Malaysia sekarang ni.

Wassalam


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com