Semua syarikat yang dipaksakan oleh pentadbiran regim Mahathir dan atas arahan beliau didapati bermasalah dan tidak memberi apa-apa pulangan sebagai hasil kepada kerajaan negeri dan kerajaan Federal. Bahkan syrikat-syarikat terbabit menjadi beban yang berat mrugikan rakyat. Tiap-tiap kali mereka (syarikat itu) menghadapi kesusahan wang, mereka meminta bantuan daripada kerajaan negeri dan Danamodal.
Itulah contoh penyelewengan ekonomi dan wang rakyat yang dilakukan oleh Mahathir dan Daim. Mereka inilah antara mereka yang paling kuat melakukan rasuah bernilai ratusan bilion ringgit. Mereka dan kroni mereka telah menghentam duit rakyat dan membawanya ke luar negara.
Rakyat telah tahu dan rakyat telah bertindak tanpa waswas dan ragu. Regim ini akan digulingkan. Perhatikan ini:
1) PELABURAN DALAM PERWAJA
Terengganu melabur dalam Perwaja. Sehingga akhir 1998, Perwaja mengalami jumlah kerugian lebih kurang RM3.5 bilion. Kerajaan negeri sebagai pemegang 19 peratus saham dalam syarikat itu telah menanggung kerugian sejumlah RM671,545,880. Jumlah itu tidak boleh dikira kecil. Jumlah ini hampir sama dengan hutang kerajaan Terengganu kepada kerajaan pusat.
2) Pelaburan dalam Gunawan Iron & Steel Sdn. Bhd.
Terengganu juga melabur dalam satu syarikat bernama Gunawan Iron and Steel melalui anak syarikatnya yang bernama Permodalan Terengganu Berhad (PTB). Penceburan PTB dalam syarikat itu ialah RM3.6 juta. Dalam pelaburan itu, PTB sudah menanggung kerugian lebih kurang RM100 juta.
Selain itu, Terengganu di bawah pimpinan Barisan Nasional melalui Tabung Amanah Warisan (TAW) telah memberikan jaminan kepada bank sejumlah RM350 juta. Sekarang Gunawan Iron and Steel itu tidak beroperasi lagi.
Bangunannya sudah buruk dan satu kren yang dibeli dengan harga lebih kurang RM7 juta tersadai di Pelabuhan Kemaman, menjadi besi buruk dan menghalang aktiviti di pelabuhan ini. Jumlah besar kerugian itu lebih kurang RM453.6 juta.
Program yang semacam inikah yang menjadikan rakyat Terengganu terbela dan menjadikan negeri itu terhenti daripada kemiskinan?
Sudahlah negeri ini kehilangan wang modal RM3.6 juta, kerugian pula RM100 juta dan menanggung beban jaminan kepada bank sebanyak RM350 juta.
Jika bank mengambil langkah undang-undang ke atas jaminan itu, siapakah yang akan membayarnya? Dan bagaimanakah hendak membayarnya?
Tukang Forward