Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Guru-guru SB dan Kakitangan Baru

Saya ingin menyampaikan pesanan kepada semua guru-guru dan kakitangan-kakitangan kerajaan yang menjadi penyokong pembangkang agar berhati-hati dengan tektik UMNO terbaru kini. Di sekolah saya di Rompin sudah ada guru-guru yang mendapat tanah. Guru ini pada dasarnya nampak seperti penyokong PAS tak pernah tinggal ceramah PAS malah semasa YB Azmin di Keratong 3 memberikan ucapan dialah yang paling kuat menyorak. Setelah disiasat, kami dapati dia amat rapat dengan seorang pegawai PPD di daerah Rompin yang juga merupakan Ketua UMNO bahagian. Selama ini kami menyangka baik namun setelah mendapat berita ini kami dapati sudah banyak perubahan berlaku...SPY-SPY MEREKA MENJALAR DI SEKOLAH DENGAN SB SB!!!

Baru-baru ini guru-guru agama dikumpulkan di Pekan (bulan Oktober) diceritakan oleh seorang guru agama yang pergi...pada waktu itu mesyuarat di antara guru-guru agama dan pengetua-pengetua serta kakitangan Jabatan Pendidikan Negeri sedang berlangsung...Ketika mesyuarat hampir tamat..Datuk Jamaluddin Jarjis yang tak ada kena mengena dengan Jabatan Pendidikan Negeri serta kakitangan kerajaan dengan muka tak malu rupa-rupanya telah meminta kepada pegawai PPD Ustaz Daud (ketua umno) untuk memberikan ucapan sedangkan sepatutnya ucapan penutup oleh Ustaz Ashaari selaku Ketua Sektor. Maka (menurut rakan saya Ustaz xxxx)berperilah Si JJ kepala koperat keparat ini mengenai dia selalu mengikut ayahnya ke surau membaca yassin, betapa ustaz-ustaz sekarang ini patut mengubah pendekatan terhadap dakwah dan sebagainya selama 20 minit.Kempen dalam mesyuarat kerajaan...bagus betul perangai JJ ni yek! Dia tak cerita pula yee.. tentang saham TNB merudum..apa dia ingat orang percaya kat dia..pelabur pun tak percaya apa lagi ustaz-ustaz..ingat kami ustaz ni leceh kaaa.

Mereka (menurut penelitian rakan saya) cuba menonjolkan bahawa ayah JJ ni begitu warak dan dihormati..stail Dolah Bedawi tu le...ayahnya warak tapi anaknya...??? Dia mengungkit-ungkit soal keluarga dan ayah supaya guru-guru agama ini memberi penghormatan dan simpati terhadap dirinya. Itulah JJ sekarang...sudahlah semasa nak masuk ke bilik mesyuarat terhenti..sebab tengok orang lain (mesyuarat ustaz-ustaz le katakan)pakai songkok maka tergesa-gesalah "khadamnya" berlari-lari ambil songkok (tunjuk dia pun geng ustaz!)

Ramai guru-guru agama yang melarikan diri semasa majlis jamuan. Semuanya naik benci tetapi saya dapat maklumat rakan saya ini juga (ustaz/guru yang saya cerita di atas tadi yang pandai bermuka-muka) boleh berborak selamba pula dengan JJ...

Jadi berhati-hatilah cikgu-cikgu..ustaz-ustaz pun boleh buta mata kerana pangkat, harta dan kedudukan..ingat rakan-rakan kerana pulut santan binasa..kita bergerak jangan keterlaluan..tetapi biarlah kita menjadi bara dalam sekam, walaupun tak ketara kita membakar semangat juang...

REFORMASI! REFORMASI! REFORMASI!


        
Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com