"Kelantan Jemput Khir Toyo sampaikan kuliah agama" demikian laporan Mazlan Jusoh di dalam akhbar HARAKAH terbitan 1-15 November 2000. Dato' Menteri Besar Selangor Dr. Mohamad Khir Toyo akan dijemput untuk menyampaikan kuliah agama di Kelantan termasuk di Masjid Pulau Melaka, dekat Kota Bharu, tidak lama lagi. Pegawai Penerangan Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan, Uztaz Bunyamin Yaakub berkata, beliau akan membuat cadangan itu kepada Kerajaan Negeri untuk membolehkan rakyat Kelantan mendengar kuliah agama yang disampaikan oleh Dr. Mohamad Khir. "Mana-mana Menteri Besar kerajaan Barisan Nasional (BN) di negara ini yang berminat untuk menyampaikan kuliah agama juga akan turut dijemput. Langkah ini dibuat bagi mencerminkan sikap keterbukaan kerajaan yang berlandaskan Islam disebarkan kepada seluruh rakyat di negara ini, tanpa ada batas sempadan".
Apa tunggu lagi Shahidan Kasim, Apa tunggu lagi Syed Razak, Apa tunggu lagi Tajol Rosli, Apa tunggu lagi Khir Toyo, Apa tunggu lagi Isa Samad, Apa tunggu lagi Ali Rustam, Apa tunggu lagi Ghani Othman, Apa tunggu lagi Adnan Yaakub, Apa tunggu lagi Taib Mahmud, Apa tunggu lagi Osu Sukam, Apa tunggu lagi Koh Tsu Kun silakanlah sambut sahut permintaan dan cabaran pemimpin Kelantan itu. Buktikanlah kredebiliti anda sebagai orang yang memperjuangkan dan mendaulatkan dai Islam. Tenggok punya tenggok, lihat punya lihat, amat punya amat pada kacamata saya tidak seorang daripada Menteri Besar dan Ketua Menteri dari KERAjaan UM NO/BN ini yang punyai ketokohan sebagai pendakwah setanding dengan YAB Menteri Besar Kelantan Dato' Nik Aziz Nik Mat dan YAB Menteri Besar Terengganu Hj. Abd. Hadi Awang. Berdasarkan sifat-sifat dakwah dan pendakwah yang saya utarakan melalui siri-siri yang lepas dan siri ini, cuba kita lihat dan bertanya adakah mereka-mereka ini mempunyai sifat-sifat berikut:-
* Memahami maksud al-Qur'an dan al-Hadith
* Beramal dengan ilmunya
* Tahan Marah (Berlapang dada)
* Berani; tidak takut kepada sesiapa pun dalam menerangkan kebenaran. Celaan manusia tidak akan dapat menghalangnya daripada menjalankan
kewajipan.
Jadi satu persoalan timbul, bolehkah kita mengharapkan mereka-mereka ini memperjuangkan agama Islam ?.
Jelas sekali bahawa Pemimpin dan Ulamak Kelantan ini mempraktikkan satu lagi sifat dakwah dan pendakwah yang terpuji iaitu Tahan Marah (Berlapang Dada). Walaupun Pengarah JAIS Mansor Ramli dan Menteri Besar Selangor Dr. Mohammad Khir Toyo mengeluarkan arahan menghalang YAB Menteri Besar Kelantan Dato' Nik Aziz Nik Mat daripada menyampaikan risalah Allah dan RasulNya dan ceramahnya di mana-mana surau dan masjid di Negeri Selangor sehinggakan mengugut untuk membawa YAB Menteri Besar Kelantan Dato' Nik Aziz Nik Mat ke mahkamah jika ia meneruskan tindakannya berceramah di surau dan masjid di Negeri selangor, namun sebaliknya beliau telah meminta mereka-mereka yang menghalangnya supaya menunjukkan kesalahan dalam ceramahnya untuk beliau memperbaiki dan memperbetulkannya. Dan kini beliau secara "gentleman" mempelawa pula YAB Menteri Besar Selangor itu berceramah di surau dan masjid di Negeri Kelantan pula.
Tahan marah menjadi tanda kesempurnaan ilmu pengetahuannya. Perkataan yang lemah lembut menjadi anak kuncinya segala hati: seseorang itu dapat mengubati penyakit jiwa dengan keadaan tenang dan tidak cepat marah.
Firman Allah S.W.T. : "Dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari sekelilingmu .." (surah: Ali-Imran : 159)
Jelas bahawa kenyataan YAB Menteri Besar Selangor Dr. Mohammad Khir Toyo berbau sentimen politik, memperlihatkan seorang pemimpin KERAjaan UM NO yang tedesak dan ketandusan pemikiran sehingga sanggup mencabar kewibawaan ulamak. Kenyataannya juga ternyata bercanggah dengan dasar penerapan nilai Islam yang dicanangkan oleh KERAjaan UM NO itu sendiri. Beliau sepatutnya menghayati maksud;
Firman Allah S.W.T. : "Siapa lagi yang lebih zalim apabila menyekat orang lain menggunakan masjid untuk mengingati Allah". (surah: Al-Baqarah: 114)
Perkembangan ini menunjukkan Negeri Selangor cuba menyekat syariat agama Islam disebarkan kepada rakyat. Pada KERAjaan UM NO matlamat mengekalkan sisa-sisa kekuatan politiknya adalah lebih utama. Memastikan pemimpin yang ternyata rahsuah dan zalim bertahan di puncak kepimpinan itu adalah lebih utama. Sekiranya pemimpin-pemimpin ini jatuh maka satu "domino effect" akan berlaku dimana pemimpin-pemimpin ini, kaum kerabat mereka, kroni-kroni mereka dan konco-konco mereka tidak akan terlepas dari dihadapkan ke mahkamah dengan pendakwaan atas pelbagai kesalahan. Inilah yang amat ditakuti oleh KERAjaan UM NO. Seberapa boleh mereka ini tidak akan turun dari tampuk kuasa pemerintahan. Mereka akan mempertahankan "kepisangan" mereka ibarat kata YB Dato' Ismail Kamus.
Walaupun dilarang melalui surat arahan yang dikeluarkan oleh Pengarah JAIS Mansor Ramli, namun YAB Menteri Besar Dato' Nik Aziz Nik Mat tetap dengan pendiriannya untuk terus menyampaikan risalah Allah dan RasulNya di mana sahaja. Dengan berpenderian demikian sekali lagi Ulamak kita ini menepati satu lagi sifat dakwah dan pendakwah iaitu Berani : Tidak takut kepada sesiapapun dalam menerangkan kebenaran. Celaan manusia tidak akan dapat menghalangnya daripada menjalankan kewajipannya.
Berkata Ibadah Ibn. al-Samit r.a: "Kami telah membaya'ah (bersumpah janji taat setia) kepada Rasulullah S.A.W. bahawa kami sekalian akan berkata dengan yang hak (benar) di mana sahaja kami berada, tidak kami takut, untuk Allah akan cercaan orang yang mencerca".
Dari Abu Sa'id al-Khadri r.a: "Jangan sekali-kali ada di antara kamu sekalian orang yang menghina dirinya. Berkata mereka itu: Ya Rasullulah bagaimanakah seseorang itu menghinakan dirinya sendiri ?. Jawab Rasulullah S.A.W. : Ia melihat ada pada dirinya satu perkataan yang mesti dikatakan bagi Allah kemudian ia tidak mengatakannya, maka Allah akan berfirman kepadanya pada hari qiamat: Apakah yang mencegah engkau daripada berkata demikian ?. Maka jawabnya: Takutkan manusia, maka firman Allah: Aku sahajalah yang lebih berhak engkau takuti".
Orang yang penakut itu tentulah tidak dapat mempertahankan kebenaran dan mengubah kemungkaran kerana ia berusaha menghampirkan diri kepada manusia dengan bermuka-muka atau nifaq.
Seruan:
"Wahai pemimpin-pemimpin dan pendokong-pendokong UMNO kembalilah kepada al-Qur'an dan as-Sunnah. Sesungguhnya perjuangan assabiah kamu yang sekularis ternyata tersasar dan terpesong jauh. Kembalilah kedalam Islam yang syumul ini! - amin !".
Membangun Bersama Islam : Allahuakbar !...Allahuakbar !...Allahuakbar !...
habibu@hangjebat.com